Kalau diamati setiap perjalanan hidup 2009, sudah pasti macam-macam kisah dan peristiwa telah kita lalui dan alami...sama ada suka, duka, sedih, gembira, sakit, sihat, susah dan senang...
Rabu, Disember 30, 2009
masa...cepatnya berlalu...
Kalau diamati setiap perjalanan hidup 2009, sudah pasti macam-macam kisah dan peristiwa telah kita lalui dan alami...sama ada suka, duka, sedih, gembira, sakit, sihat, susah dan senang...
luahan mil pada Rabu, Disember 30, 2009 0 komen
tag kejayaan, kesilapan, memoir, tahun baru
Khamis, Disember 10, 2009
idea..oh! idea...
Tak tau nak cite ape...Hari raya haji/aidil adha dah pun berlalu...Sekarang musim orang dah nak balik dari haji pulak...
Kejapnya masa berlalu kan?! Tak lama nanti tahun baru hijrah pulak... 1431H
Harap dengan kedatangan 1431H akan merobah cara hidup kita..lebih mensyukuri dan mendekati diri kepada Allah.
Dengan menjelangnya 1431H juga, moga idea ke arah kebaikan datang mencurah-curah...
idea..oh! idea...
Salam maal hijrah...1431H
luahan mil pada Khamis, Disember 10, 2009 0 komen
Selasa, November 17, 2009
Isnin, November 16, 2009
aduhai! keretaku...
Bila je nak start, mesti kena cuba banyak kali...
Susah kalau selalu jadi macam ini...
Bila check dengan fomen, rupanya starter ada masalah...x boleh repair tapi kena ganti baru...
Dengar apa kerosakannya, Mil masih boleh terima lagi...Tapi bila dengar harganya boleh rentap jantung Mil rasanya.. harga hampir mencecah RM2,000. Itu tak termasuk service lagi. Campur semua mencecah RM3000 lebih (termasuk yuran pekerjanya)
luahan mil pada Isnin, November 16, 2009 0 komen
Sabtu, November 14, 2009
lima faedah silaturrahim...
Silaturrahim...Apa maksudnya?
Sebelum Mil kongsikan faedah silaturrahim...jom kita fahami apa makna silaturrahim???
Silaturrahim secara hakikatnya adalah kesediaan para anggota keluarga untuk memberi kebaikan, sama ada kebaikan berupa fizikal seperti memberi bantuan makanan dan tempat tinggal atau kebaikan mental seperti memberi nasihat, memberi tunjuk ajar atau memberi wasiat tentang kesabaran.
1 Silaturrahim akan membuat rezeki seseorang semakin bertambah dan dipanjangkan umurnya. Rasulullah pernah bersabda:
"Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan usianya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia menyambung silaturrahim." (H.R Bukhari)
luahan mil pada Sabtu, November 14, 2009 0 komen
tag dunia, hubungan, kebaikan, manusia, muhasabah, murah rezeki, silaturrahim
cukup ikhlaskah kita??
Mil telah jumpa kata-kata ini daripada sebuah majalah kegemaran Mil...
Renung-renungkanlah!
Cukup ikhlaskah kita selama ini terutama semasa membuat kebaikan atau mencari rezeki seharian??
luahan mil pada Sabtu, November 14, 2009 0 komen
4 perkara JANGAN untuk kad kredit anda...
- JANGAN buat bayaran minimum sahaja. Ini akan melanjutkan tempoh bayaran anda dan akan meningkatkan lagi faedah dan keseluruhan jumlah kos.
- JANGAN bawa banyak kad. Penggunaan pelbagai kad memudahkan peningkatan jumlah hutang kerana sukar untuk menjejaki penggunaannya. Mempunyai banyak kad tidak semestinya memberi keburukan tetapi yang paling penting bagaimana menggunakannya. Oleh itu, gunakanlah secara berhemah.
- JANGAN melepasi tarikh akhir bayaran. Ini akan meningkatkan jumlah kos pembayaran kad disebabkan penambahan faedah/penalti lewat bayar sehingga boleh mencecah RM50 satu kad. Segeralah membuat pembayaran sekiranya telah melewati tempoh tarikh akhir bayaran dengan membayar secara online atau melalui telefon.
- JANGAN ambil tunai daripada kad kredit. Ini melibatkan kadar faedah dan yuran perkhidmatan yang sangat tinggi kosnya. Elakkan kos sedemikian.
luahan mil pada Sabtu, November 14, 2009 0 komen
tag bayaran, credit card, duit, kad kredit, kewangan, kongsi-info, payment, wang
Khamis, November 12, 2009
mengapa maklumat amat penting???
- Maklumat penting untuk membuat keputusan
- Maklumat adalah satu industri
- Maklumat adalah satu kuasa
Hirarki Maklumat
Berikut adalah contoh penjelasan berkaitan hirarki maklumat. Boleh dijadikan rujukan ringkas...
luahan mil pada Khamis, November 12, 2009 0 komen
tag data, hikmah, hirarki maklumat, kebijaksanaan, kongsi-info, maklumat, pengetahuan
Selasa, November 10, 2009
Isnin, November 09, 2009
sabar
Fikir-fikirkanlah!!
luahan mil pada Isnin, November 09, 2009 0 komen
kumpulan darah...
**Mil dapat gambar ini daripada emel opis. Yang lukis gambar ini, terima kasih byk2nyer...So cute
luahan mil pada Isnin, November 09, 2009 0 komen
tag blood type, jenis darah, kongsi-info
Sabtu, November 07, 2009
pintu-pintu syurga...
Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang yang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
luahan mil pada Sabtu, November 07, 2009 0 komen
tag kongsi-info, pintu syurga
jiwa kacau...
Kalau semangat tidak kuat..boleh buat 'jiwa jadi kacau'...
Oleh itu....
Seperti kata-kata dari Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni,
Dicelah-celah badai kesukaran ...
TERSENYUMLAH
Pasti ada ...
Kesenangan selepas kesusahan,
Kejayaan selepas kegagalan
Jiwa-jiwa yang senyum menghadapi kesusahan dengan mudah ...
akhirnya Mil pilih template yang simple je...
**
luahan mil pada Sabtu, November 07, 2009 0 komen
tag jiwa kacau, kesukaran, memoir, senyum
Isnin, November 02, 2009
malasnya...
Last2 jadi mcm nie...
**Dah nak abis 2009, tercapaikah azam ku tahun nie...? Huaaaaaaaaa......
luahan mil pada Isnin, November 02, 2009 0 komen
Ahad, November 01, 2009
faedah lelap seketika kepada pekerja...
SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.
Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.
Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.
Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.
Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.
Rabu, Oktober 21, 2009
kejapnya masa berlalu...
Pejam celik, lagi dua bulan..kita akan melangkah tahun 2010 dan mengucapkan selamat tinggal kepada 2009...
Begitu pantas masa berlalu...umpama sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam, sejam seperti seminit, seminit seperti sesaat dan sesaat seperti....emm apanya..?!
Ahad, September 06, 2009
amalan menjauhkan kesusahan hidup
- Solat Subuh pada waktunya
- Melaksanakan Solat Sunat Dhuha dan membaca Surah Ad-Dhuha
- Membaca Surah al-Waqi'ah
Insya Allah, kehidupan akan diberkati dan diberikan pertolongan dari Allah. Yang penting sekali, ditambahkan rezeki yang halal dengan cara tidak terfikir!
(Dipetik dari Apakah Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup)
luahan mil pada Ahad, September 06, 2009 0 komen
tag amalan menjauhkan kesusahan hidup, muhasabah, pertolongan Allah
ramadan...pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup...
Hadis Nabi Muhammad menyatakan kelebihan Ramadan...
"Apabila tiba bulan Ramadan, segala pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan diikat segala syaitan."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Nabi Muhammad berkata,
"Permulaan rahmat, pertengahan keampunan dan penutupnya dimerdekakan daripada api neraka."
luahan mil pada Ahad, September 06, 2009 0 komen
penyebab penyakit lupa
Penyakit lupa sering menyerang orang yang telah berusia. Namun, orang muda juga tidak terkecuali. Pemerhatian orang-orang soleh mendapati bahawa ada beberapa penyebab penyakit lupa:
-PUNCA LUPA-
- Makan makanan dan minuman yang telah dimasuki serangga
- Makan kepala ikan
- Makan organ dalaman binatang
- Makan epal masam
- Membaca tulisan di atas batu nisan di tanah perkuburan
- Sering melihat kemaluan, termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab
- Melihat najis ketika buang air besar
wallahu 'alam
luahan mil pada Ahad, September 06, 2009 0 komen
...setiap butir pasir tersembunyi di sebaliknya hikmah..."
Hanya sekadar berkongsi sebuah kisah yang Mil ambil dari sebuah buku motivasi diri. Mungkin ada yang pernah terbaca atau terdengar kisah ini. Jom kita hayati kisah ini...
Pada zaman dahulu terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil. Rakyat di dalam negeri dan negeri-negeri jajahannya hidup dalam keadaan aman lagi makmur. Rahsia di sebalik semua ini adalah kerana raja mempunyai seorang bendahara yang merupakan penasihat yang baik. Apa yang istimewa pada bendahara ini ialah, setiap kali menyelesaikan masalah rakyat, dia akan berpesan bahawa segala sesuatu itu mengandungi hikmah yang tersembunyi. Perkara ini dimaklumi oleh mereka yang bekerja rapat dengannya.
Pada suatu hari, raja bermain pedang dengan adindanya. Dalam perlawanan itu, adinda raja menghayun pedang dan terkena pada betis raja sehingga mengakibatkan luka yang sangat dalam dan darah mengalir membasahi ruang. Raja diusung dan dirawat dengan sebaik-baiknya. Raja berada sangat gusar akan niat yang terpendam dalam diri adindanya. Bagi merungkai persoalan ini, raja telah memanggil bendaharanya untuk menghadap.
luahan mil pada Ahad, September 06, 2009 0 komen
tag hikmah, kebaikan, kepercayaan, muhasabah
Ahad, Ogos 30, 2009
sepuluh amalan murah rezeki
Semua manusia berkehendakkan rezeki yang murah, luas dan mudah...malah yang diberkati Allah... Jom kita jenguk secara ringkas, 10 amalan murah rezeki yang boleh diikuti...
- Taubat/Istighfar
- Takwa
- Beribadah kepada Allah
- Merapatkan Silaturrahim
- Berinfaq (Berbelanja) di Jalan Allah
- Bersyukur
- Tawakkal
- Hijrah ke Jalan Allah
- Memberi nafkah mereka yang menuntut ilmu syara'
- Doa/Zikir & Membaca Al-Quran
Yang penting bagi setiap manusia adalah perlu Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal
Lakukanlah dengan seikhlas hati agar Allah merahmati hidup kita dan dimurahkan rezeki pada kita...Allah hu'alam...
luahan mil pada Ahad, Ogos 30, 2009 0 komen
tag amalan baik, doa, ikhtiar, muhasabah, murah rezeki, tawakkal, usaha
Jumaat, Ogos 21, 2009
senarai semak amalan di bulan Ramadan
Alhamdulillah, Ramadan menjelang tiba...Bersyukurlah kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk berebut dan mencari serta mengumpul pahala sebanyak mungkin.
Berikut adalah senarai semak sempena amalan dibulan Ramadan..Boleh ikuti mengikut keselesaan dan keadaan semasa...(hanya sekadar satu cadangan sahaja)
- Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan).
- Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
- Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
- Solat Tarawikh 20 rakaat. (8 rakaat pun boleh juga)
- Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
luahan mil pada Jumaat, Ogos 21, 2009 0 komen
tag amalan baik, Ramadan, senarai semak
Rabu, Ogos 19, 2009
tambah waktu solat pada blog anda...
Anda boleh menambahkan widget waktu solat pada blog anda dengan cara:-
- Pergi ke laman web http://www.e-solat.gov.my
- Pada laman tersebut, pilih menu Source Code pada frame sebelah kiri
- Anda boleh pilih salah satu template sama ada Template 1 atau Template 2
- Sebagai contoh, sekiranya anda memilih Template 2;
[iframe src=http://www.e-solat.gov.my/solat-iframe.php?kod=KOD〈=LANG&url=URL&font=FONT&fontcolor=FONTCOLOR&bgcolor=BGCOLOR width=100% height=350 frameborder=0><"/iframe]
Jadi anda perlu gantikan : KOD, LANG, URL, FONT, FONTCOLOR dan BGCOLOR mengikut contoh kod yang telah diberikan dalam laman tersebut.
Hasilnya seperti ini:
[iframe src=http://www.e-solat.gov.my/solat-iframe.php?kod=sgr03=BM&url=http://www.islam.gov.my&font=Times New Roman&fontcolor=#FFFFFF&bgcolor= #261798 width=100% height=350 frameborder=0]
(kod sebenar boleh rujuk pada laman tersebut)
- Kemudian, anda perlu memilih Add a Gadjet --> Html/Javascript. Salin kod source code di atas dan tampal pada ruang content yang telah disediakan. Anda boleh letakkan pada mana-mana bahagian / layout yang anda rasa sesuai
- Klik butang Save
- Anda pasti akan mendapat hasilnya.
Selamat Mencuba!
luahan mil pada Rabu, Ogos 19, 2009 0 komen
tag tutorial-blog, waktu solat, widget
Sabtu, Ogos 15, 2009
H1N1 membimbangkan...
Orang ramai telah mulai sedar dan prihatin dengan penularan wabak ini. Mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada dijangkiti wabak selesema atau H1N1. Selain digalakkan memakai penutup hidung dan mulut, pelbagai petua telah dicadangkan bagi mencegah daripada dijangkiti wabak ini iaitu makan buah-buahan Vitamin C seperti epal hijau, limau, buah kurma (tamar), minum susu, makan coklat, madu dan habbatus sauda. Bagi yang beragama Islam, kita sentiasa digalakkan dalam keadaan berwudhu.
Sumber : Utusan Malaysia Online 15 Ogos 2009
Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak dijangkiti penyakit selesema babi atau influenza A (H1N1) yang semakin serius, orang ramai yang semakin sedar tentang keperluan menggunakan penutup hidung dan mulut berebut-rebut membeli alat pelindungan tersebut. Namun kehabisan stok alat itu menyebabkan banyak pembeli berasa hampa dan kecewa. Difahamkan bekalan stok alat perlindungan di beberapa premis farmasi di ibu negara Kuala Lumpur terputus sejak beberapa hari lalu ekoran masalah untuk memperoleh bekalan itu daripada pembekal.
Mil galakkan setiap orang mengamalkan minum habbatus sauda setiap hari pagi dan petang. Habbatus sauda adalah penawar terbaik semua penyakit dan ia mempunyai antibodi yang tinggi. Nak tau lebih lanjut tentang habbatus sauda...TUNGGU...
Mungkin ramai dah mengetahui apakah itu wabak selesema atau Influenza A (H1N1). Mungkin ada yang segelintir belum pasti apakah H1N1, bagaimana ia berjangkit dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Mil kongsikan faktanya. Sumbernya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
luahan mil pada Sabtu, Ogos 15, 2009 0 komen
tag gejala, H1N1, Influenza A, info-kesihatan, jangkitan, pencegahan, selesema babi, wabak
Khamis, Ogos 13, 2009
trouble is a friend...
Mil suka lagu ini. First time, Mil dengar dekat salah satu chanel tv berbayar...promo movie..backgroundnya lagu ini...Macam sweet je rentak lagu ini. Kalau nak tau rentaknya macam mana, penyanyinya macam mana...boleh google guna tajuk lagu ini...Hanya sekadar berkongsi lirik lagu ini sahaja...
luahan mil pada Khamis, Ogos 13, 2009 0 komen
tag lagu, lirik, memoir, trouble is a friend
UJIAN - "Mampukah aku melaluinya?"
Setiap manusia sentiasa bermohon agar setiap doanya dimakbul oleh Allah. Berharap agar segala impian, kehendak atau cita-citanya dapat dipenuhi. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Setiap yang diminta oleh hamba-Nya, diperdengari oleh Allah. Allah memperkenankan dan makbulkan setiap doa hamba-Nya. Dan hamba-Nya akan berasa amat gembira kerana doanya telah dimakbulkan. Sehingga adakalanya hamba-Nya teralpa atau terlupa untuk rasa bersyukur kerana leka di atas keseronokan dan kegembiraan. Itu kisah doa dimakbulkan...
Tapi selagi kita bergelar manusia, selagi itu kita tidak akan lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah satu ujian..satu dugaan...satu cabaran untuk menguji kekuatan jiwa kita. Kita diuji dengan pelbagai bentuk atau cara yang berbeza. Setiap manusia di muka bumi ini menerima ujian yang berbeza-beza. Kita tidak dapat menjangka bentuk ujian yang akan kita hadapi. Kadang-kala ujian yang diberikan pada kita amat berat sehingga ada kalanya kita akan berasa amat malu, kecewa, sedih, tertekan, lemah seluruh anggota badan kita. Dan ada kalanya sehingga kita kehilangan sanak saudara, keluarga, sahabat-handai...dan yang paling teruk kita dipulaukan dan dicemuh.
Rabu, Ogos 12, 2009
7 petanda kebahagiaan dunia
Dari Ibnu Abbas r.a. ada tujuh petanda kebahagiaan dunia iaitu:
- Qalbun syakirun - hati yang selalu bersyukur
- Al azwaju shalihah - pasangan hidup yang soleh
- Al auladun abrar - anak yang soleh
- Albiatu sholihah - lingkungan yang kondusif untuk iman kita
- Al malul halal - harta yang halal
- Tafakur fi dien - semangat untuk memahami agama
- Umur yang barakah - umur yang semakin tua semakin soleh yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah
luahan mil pada Rabu, Ogos 12, 2009 0 komen
tag barakah, bersyukur, harta halal, iman, kebahagiaan dunia, kondusif, muhasabah, semangat, soleh
Selasa, Ogos 11, 2009
Persiapan Ramadan
Rejab sudah berlalu...Syabaan pun akan berlalu pergi tidak lama lagi dan Ramadan akan menjelang tiba... Tapi apakah persiapan kita untuk menyambut Ramadan? Adakah ia akan disambut se-'gah' seperti kita menyambut Hari Raya Aidilfitri? Sedangkan kita harus mengetahui bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan didatangi pula Malam Lailatulqadar.
Sebelum tibanya Ramadan, Mil mengajak diri ini dan sesiapa sahaja memperlengkapkan diri dan membuat persiapan untuk menyambut Ramadan. Semoga amalan di Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita kerana kita tidak tahu mungkin Ramadan ini adalah Ramadan yang terakhir untuk kita.
Ahad, Ogos 09, 2009
takwim hijrah
- Muharram
- Safar
- Rabiulawal
- Rabiulakhir
- Jamadilawal
- Jamadilakhir
- Rejab
- Syaaban
- Ramadhan
- Syawal
- Zulkaedah
- Zulhijjah
luahan mil pada Ahad, Ogos 09, 2009 0 komen
metafora kuih dalam sudut pandangan manusia
Katakanlah kita, sebagai contoh melihat kuih...kita boleh melihatnya dengan empat pandangan. Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita akan tahu apa nama kuih, warna dan bentuknya. Itu pandangan mata biasa.
Bagaimana pula jika kuih dipandang dengan pandangan akal? Ini adalah pandangan pakar pembuat kuih. Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan penelitian. Dengan itu, mereka mampu menganalisis. Pakar masakan ini mempunyai ilmu yang cukup untuk mengkaji apakah kesilapan (jika ada) dan ketepatan pembuatan kuih tersebut. Inilah pandangan akal berbanding pandangan mata biasa.
luahan mil pada Ahad, Ogos 09, 2009 0 komen
tag akal, mata, mata hati, metafora kuih, muhasabah, nafsu, pandangan
dressing... dah sembuh pun!
Mula-mula mil dengar pasai dressing nie, mil fikir sejenis pakaian kut...sebab 'dress' tapi rupanya kalau diterjemahkan maknanya pembalut/balutan.
Istilah Dressing amat popular digunakan dalam perubatan. Istilah biasa --> cucian luka + balutan. Dressing selalu dilakukan supaya luka yang telah dibedah perlu dicuci bersih agar tidak bernanah atau dijangkiti kuman. Sebab tak semua luka pembedahan dijahit. Kebanyakan dibiarkan ber'lubang' agar ia ditutup secara semulajadi. Cuba bayangkan ia berlubang...sehingga kita boleh nampak daging kita dan kadang-kala kita boleh nampak tulang kita sendiri. Bukankah ia amat mengerikan...??
Ada sesetengah klinik, jururawat yang akan membuat dressing dan adakala pembantu perubatan (lelaki) yang melakukannya. Lain orang lain caranya. Untuk dressing, antiseptik dan kapas akan digunakan. 'Luka' akan dibersihkan dan kalau yang jenis ber'lubang', akan dikorek dalam bagi memastikan 'lubang luka' bersih dan berdarah. Dengan alasan, 'luka' cepat sembuh. Pergh...pedih rasanya...
luahan mil pada Ahad, Ogos 09, 2009 0 komen
tag antiseptik, balutan, cucian luka, dressing, kapas, luka, memoir, pembalut, sembuh
solat duha sebagai roh rezeki
Dipetik dari Utusan Online (10/07/2009)
REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.
Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.
Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.
Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)
luahan mil pada Ahad, Ogos 09, 2009 0 komen
tag akhirat, dunia, kutubkhanah, rezeki, solat duha
jom bersedekah!
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita sendiri. Mungkin kita terlupa atau teralpa dalam mengejar kenikmatan hidup di dunia...kita sering tertinggal amalan yang mudah tapi besar ganjarannya. Antara amalan yang sering dituntut oleh Islam; iaitu bersedekah.
Pengertian Sedekah
Imam al-Jurjani berkata: "Sedekah adalah suatu pemberian yang mengharapkan pahala dari Allah".
luahan mil pada Ahad, Ogos 09, 2009 0 komen
tag hati, iman, misteri-sedekah, pahala, penghapus dosa, perlindungan, sedekah, su'ul khatimah
sedekah mengubati bisul
Diriwayatkan oleh Ali bin al-Hasan bin Syaqiq bahawa Ibnu al-Mubarak pernah ditanya oleh seorang lelaki: "Wahai Abu Abdul Rahman! (gelar Ibnu al-Mubarak) sudah tujuh tahun aku menahan sakit bisul yang ada dilututku ini. Aku sudah bertanya dengan ramai doktor, dan sudah pula bermacam ubat yang kucuba untuk menyembuhkannya, tapi penyakit ini tak kunjung sembuh.
Ibnu al-Mubarak menjawab: "Ketahuilah bahawa saat-saat ini orang-orang sedang memerlukan air (kerana musim kemarau), maka buatlah sebuah telaga yang boleh dimanfaatkan oleh mereka dan dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh. Lelaki itu bersegera membuat telaga untuk memenuhi keperluan orang ramai hingga akhirnya penyakit bisulnya pun menjadi sembuh.
Sebenarnya, banyak kisah yang boleh dijadikan teladan dan contoh berubat dengan sedekah untuk kita semua boleh ikuti. Tapi, mil hanya ambil satu contoh kisah berubat sakit bisul dengan sedekah.
Sedekah ini banyak faedahnya...Yang memberi dapat mengukuhkan lagi imannya, yg menerima dapat merasa manfaatnya. Oleh itu, bersedekahlah supaya setiap manusia di muka bumi ini dapat merasa faedah dan kebaikan bersama.
luahan mil pada Ahad, Ogos 09, 2009 0 komen
tag bisul, faedah, kebaikan, misteri-sedekah, sedekah, sembuh
kencing manis (diabetes mellitus)
Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus antara penyakit kronik yang menyebabkan peningkatan gula (glukosa) dalam darah. Glukosa diperlukan oleh badan kita sebagai pemberi tenaga. Badan kita mendapat glukosa daripada pencernaan kanji (karbohidrat), buah-buahan atau gula. Glukosa yang diserap oleh usus akan diedarkan melalui sistem peredaran darah ke semua organ di dalam badan.
Proses penghantaran dan pengedaran glukosa ke setiap organ dibantu oleh hormon insulin yang dikeluarkan oleh pankreas. Hormon insulin membolehkan glukosa diserap oleh sel-sel. Proses ini akan terganggu apabila organ tertentu tidak bertindakbalas kepada hormon insulin atau pankreas tidak mengeluarkan insulin secukupnya. Ini mengakibatkan glukosa tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu dan seterusnya paras gula dalam badan akan meningkat.
luahan mil pada Ahad, Ogos 09, 2009 0 komen
tag diabetes mellitus, glukosa, gula, hipoglisemia, info-kesihatan, insulin, kencing manis, komplikasi, pankreas, tekanan darah tinggi
gout
Pada mula-mula tapak kaki mil membengkak, mil terpk diserang sakit gout. Sebab mil beranggapan bila kaki membengkak, itu petanda penyakit gout. Tapi telahan mil silap. Itulah kalau kekurangan maklumat dan ilmu. kita akan membuat andaian sendiri.
Gout
Gout terjadi disebabkan terhasilnya asid urik secara berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dikenali purin. Tubuh kita membuang bahan kumuhan ini melalui urin. Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak.
luahan mil pada Ahad, Ogos 09, 2009 0 komen
tag allopurinol, asid urik, bengkak, gout, info-kesihatan, protein purin, sendi
Sabtu, Ogos 08, 2009
tekanan darah tinggi (hypertension)
Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah antara penyakit 'pembunuh senyap'. Penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala yang begitu serious pada pandangan mata kasar sesiapa. Tetapi kesannya amat besar sekiranya penyakit ini tidak diambil peduli.
Marilah kita jenguk2 apakah tekanan darah tinggi, gejala dan cara untuk mengawalnya...
Apakah tekanan darah tinggi?
Tekanan darah tinggi adalah satu situasi di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg sekurang-kurang tiga kali atau meningkat secara berterusan. Bagaimanapun, seseorang tidak diklasifikasikan sebagai pengidap tekanan darah tinggi jika bacaan tekanan darah melebihi paras biasa hanya sekali.
Penyakit tekanan darah tinggi berlaku apabila arteri atau dinding pembuluh darah menjadi keras dan menyukarkan darah untuk melaluinya. Akibatnya, tekanan darah meningkat dan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 mmHg atau lebih, ini bermakna anda berpotensi mengidap penyakit tekanan darah tinggi.
luahan mil pada Sabtu, Ogos 08, 2009 0 komen
tag diastolik, gaya hidup, gejala, hypertension, info-kesihatan, jantung, pembunuh senyap, sakit kepala, sistolik, tekanan darah tinggi
oh! tapak kaki kananku
Dah lama mil tak mengemaskinikan blog sejak bulan April '09 yang lalu.
Ketandusan idea + kesibukan keje = Malas...
Ermmm..macam mana nak mulakannye...
Nak dijadikan cite, pada pertengahan Jun '09 lalu, tapak kaki kanan mil merah menyala dan sakit dengan tetiba. Siang malam meraung kesakitan. Kesakitan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Nikmat makan, nikmat tidur, nikmat berjalan ditarik sementara oleh Allah untuk menguji kesabaran mil. Sesal pun ade...sebab mil lambat jumpa doktor. Jadi keadaan tapak kaki mil makin merah dan semakin membengkak. Makin hari terasa amat sakit sekali. Nak pijak lantai mmg dah tak terboleh langsung. Pada masa itu, terpk...'aku dapat sakit gout ke'??? Untuk puaskan hati, mil semak penyakit gout di Internet...Ternyata simptomnya, berbeza sekali...'Sakit apakah aku nie yer?!'
luahan mil pada Sabtu, Ogos 08, 2009 2 komen
tag bengkak, bisul, dugaan, kaki, memoir, sabar, sakit, tapak kaki kanan
di mana bahagia?
Bahagia...semua manusia berkehendakkan dan berkeinginan untuk rasa perasaan bahagia...tapi untuk kita mencari dan memperolehi...???
Tapi di mana letaknya bahagia..yer??? Satu petikan kisah yang mil ambil dari sebuah majalah...
Di Mana Bahagia?
Seorang suami yang marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya: "Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu." Si isteri menjawab dengan tenang, "Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku."
Suami bertanya: "Mengapa aku tidak akan mampu melenyapkan kebahagiaanmu?"