Sabtu, Ogos 08, 2009

oh! tapak kaki kananku

Dah lama mil tak mengemaskinikan blog sejak bulan April '09 yang lalu.

Ketandusan idea + kesibukan keje = Malas...

Ermmm..macam mana nak mulakannye...

Nak dijadikan cite, pada pertengahan Jun '09 lalu, tapak kaki kanan mil merah menyala dan sakit dengan tetiba. Siang malam meraung kesakitan. Kesakitan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Nikmat makan, nikmat tidur, nikmat berjalan ditarik sementara oleh Allah untuk menguji kesabaran mil. Sesal pun ade...sebab mil lambat jumpa doktor. Jadi keadaan tapak kaki mil makin merah dan semakin membengkak. Makin hari terasa amat sakit sekali. Nak pijak lantai mmg dah tak terboleh langsung. Pada masa itu, terpk...'aku dapat sakit gout ke'??? Untuk puaskan hati, mil semak penyakit gout di Internet...Ternyata simptomnya, berbeza sekali...'Sakit apakah aku nie yer?!'

Setelah 4 hari meraung sakit, akhirnya mil pergi ke klinik kerajaan untuk dapatkan kepastian. Tapak kaki yang asalnya merah menyala bertukar menjadi warna hitam pulak dan membengkak besar. Terhenjut2 berjalan sambil tersengih menahan sakit. Biasalah klinik kerajaan..banyak prosedurnya...menunggu dari 8 pagi..akhirnya pukul 12 tengahari baru dapat jumpa doktor...sbb apa nak tau...kena 'traige' dahulu...kena check tekanan darah tinggi...nak dijadikan sebab...tekanan darah mil naik melambung 192/100...pulse 102... 3 kali kena tapis...masih tinggi...akhirnya masuk ke-3, mil cakap kat nurse tue, 'Cik Puan, makin lama cik puan tapis saya...makin tinggi tekanan darah tinggi saya...dah 4 hari 4 malam saya tak tido, meraung sakit...x kan cik Puan x kesian kat saya...'

Akhirnya, setelah tersengih2 kerang busuk kat nurse...dapatlah juga mil berjumpa dengan doktor..lega rasanya...tapi kena lalui dua prosedur lagi...kena check darah dan urin...Hampeh...! dah lah klinik bertangga2 dan berbukit...kaki sakit pulak tue...

Pegi makmal untuk ambil darah...nasib memang tak baik sungguh pada hari tue..kali ke-5 percubaan untuk ambil darah mil...baru berjaya...Kena tunggu lagi untuk result darah dan urin. Doktor sahkan ada jangkitan kuman dalam darah mil. Doktor bagi mc 2 hari, ubat tahan sakit, ubat antibodi dan ubat kecutkan bengkak...

Telahan mil meleset...keadaan makin teruk. kaki mil makin membengkak besar bernanah dan merebak menjalar...ubat diberi tak memberi apa2 kesan langsung...ubat tahan sakit pun x berjalan...lagi perit lagi sakit...menangis je...

Dari klinik kerajaan, mil ke klinik swasta pulak...sakitnya dah tak terucap...Pegang tapak kaki kanan sket pun dah terasa sakitnya...Di klinik swasta, kaki mil ditebuk sket tanpa rasa ubat bius dan ubat tahan sakit. Sakitnya sampai menggeletar satu badan mil. Mil harap bengkak ditapak kaki mil surut bila telah ditebuk sket supaya nanah dapat keluar.

Tapi keadaan makin teruk...bengkaknya makin membesar...jangkitan dah merebak luas...mil makin sakit...berubat macam2 cara...cara kampung, cara rohani, ubat cina, segala perubatan alternatif...tp sakit masih tak surut2...

Mil ambil risiko...mil jadi 'doktor' sekejap..tebuk bengkak, gunting kulit tapak kaki, korek untuk buang nanah...tp itu hanya sebahagian...kwsan dijangkiti sudah merebak luas dan membengkak merah kesakitan...

Akhirnya mil ke hospital berdekatan...itu pun atas arahan doktor klinik kerajaan....ditahan dalam wad pembedahan (kes ortopedik)...takut, seram sejuk pun ade, sbb doktor akan operate tapak kaki mil untuk buang segala kulit2 dan daging sehingga takat daging yang segar berdarah. bayangkanlaa kaki mil berlubang...Oh tidak!

Lega rasanya bila dapat keluar wad....Sungguhpun tapak kaki kanan mil berlubang...huahuahua...Setiap hari, mil dikehendaki pegi klinik untuk buat dressing (cuci luka)...sakitnya...sendiri mau ingat ler...skrg nie, dalam proses untuk penyembuhan (tumbuh daging dan kulit tapak kaki)...Mil harap dugaan seperti nie tak terjadi lagi...dah tak tersanggup mil untuk mengharunginya...moga sembuh segera...

Oh! tapak kaki kanan ku...

Moral of story:

  • Jagalah kaki anda.
  • Kalau terasa sakit, terus pegi jumpa doktor. Jangan tunggu lama-lama sehingga dah kena jangkitan. Nanti lambat sembuh
  • Banyak makan sayur-sayuran hijau.
  • Masa sakit, banyak-banyak baca Asmaul Husna - Ya Salam, Istighfar, Selawat Nabi dan Berdoa pada Allah. Rasa sakit akan berkurangan.
  • Yang paling penting, sakit mcm mana pun, jangan lupa solat 5 waktu.

2 Comments:

atea said...

salam.. berapa lama masa untuk sembuh? ada ambil ubat selain ubat doktor tak? tq

Ismailmazlan94 said...

Saya tengah kene mcm yg saudara rasa..mula2 pun saya suspek gout,so sy pergi ambik ubat gout selang sehari muncul tompok biru pd bawah tapak kaki,trus sy decide jumpa doc sekali lg,and saya disahkan ade bisul..doc berikan sy antibiotik,kurang bengkak dan tahan sakit..selang sehari,pedih yg teramat sgt sehingga x boleh tdo mlm,apabila jumpa doc..nanah penuh dlm bisul sy tu..nanahnya dah masak..pedihnya la hai..siap dia inject lg..lg meraung saya ahaha..then doc membuat rawatan povidone dressing.. untuk beberapa hari.. alhamdulillah nanah berkurang..hari2 kene pergi buat dressing..