Sabtu, Ogos 08, 2009

tekanan darah tinggi (hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah antara penyakit 'pembunuh senyap'. Penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala yang begitu serious pada pandangan mata kasar sesiapa. Tetapi kesannya amat besar sekiranya penyakit ini tidak diambil peduli.

Marilah kita jenguk2 apakah tekanan darah tinggi, gejala dan cara untuk mengawalnya...

Apakah tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi adalah satu situasi di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg sekurang-kurang tiga kali atau meningkat secara berterusan. Bagaimanapun, seseorang tidak diklasifikasikan sebagai pengidap tekanan darah tinggi jika bacaan tekanan darah melebihi paras biasa hanya sekali.

Penyakit tekanan darah tinggi berlaku apabila arteri atau dinding pembuluh darah menjadi keras dan menyukarkan darah untuk melaluinya. Akibatnya, tekanan darah meningkat dan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 mmHg atau lebih, ini bermakna anda berpotensi mengidap penyakit tekanan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Darah akan dipam dari jantung ke seluruh pembuluh darah setiap kali jantung berdenyut. Di antara degupan jantung, tekanan dalam pembuluh akan menurun.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120/80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Sebab utama:

Salah satu sebab dapat tekanan darah tinggi adalah:

  1. Berat berlebihan
  2. Merokok
  3. Kerapkali makan makanan yang masin dan berlemak
  4. Minum minuman keras
  5. Jarang bersenam
  6. Mengalami tegangan/tekanan
  7. Sejarah keluarga

Gejala:

Tidak menunjukkan sebarang gejala begitu teruk kepada penghidapnya -> paling serious pun sakit kepala.

Gaya hidup perlu diubah:

  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan pengambilan garam/lemak
  • Tidak mengambil minuman keras
  • Melakukan senaman secara kerap
  • Pemakanan sihat
  • Berhenti dari merokok.

Kredit : http://www.msh.org.my

Boleh rujuk jadual di bawah untuk melihat kategori paras tekanan darah anda

Category

Systolic (mm Hg)


Diastolic (mm Hg)

Optimal<120and

<80

Normal<130and

<85

High normal130-139or

85-89

Hypertension


Stage 1140-159or

90-99

Stage 2160-179or

100-109

Stage 3>=180or

>=110

0 Comments: