Sabtu, November 14, 2009

4 perkara JANGAN untuk kad kredit anda...

Sekadar untuk berkongsi maklumat...Cukup menarik dan berguna terutama yang mempunyai kad kredit...

Empat perkara JANGAN untuk kad kredit anda:
  1. JANGAN buat bayaran minimum sahaja. Ini akan melanjutkan tempoh bayaran anda dan akan meningkatkan lagi faedah dan keseluruhan jumlah kos.
  2. JANGAN bawa banyak kad. Penggunaan pelbagai kad memudahkan peningkatan jumlah hutang kerana sukar untuk menjejaki penggunaannya. Mempunyai banyak kad tidak semestinya memberi keburukan tetapi yang paling penting bagaimana menggunakannya. Oleh itu, gunakanlah secara berhemah.
  3. JANGAN melepasi tarikh akhir bayaran. Ini akan meningkatkan jumlah kos pembayaran kad disebabkan penambahan faedah/penalti lewat bayar sehingga boleh mencecah RM50 satu kad. Segeralah membuat pembayaran sekiranya telah melewati tempoh tarikh akhir bayaran dengan membayar secara online atau melalui telefon.
  4. JANGAN ambil tunai daripada kad kredit. Ini melibatkan kadar faedah dan yuran perkhidmatan yang sangat tinggi kosnya. Elakkan kos sedemikian.
Sumber : Susan McCarthy, a financial adviser in Oklahoma City and author of The Value of Money

0 Comments: