Sabtu, November 07, 2009

pintu-pintu syurga...




Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang yang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
*gambar sekadar hiasan sahaja



Sumber : Malam Pertama di Syurga oleh Adil Akhyar



Ibnu Abbas r.a. berkata: "Syurga itu mempunyai 8 pintu emas yang bertaburan permata.

Pintu pertama tertulis:"Laa ilaaha illallahu Muhammadur rasulullahi", ini adalah pintu masuk untuk para Nabi, para Rasul, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang bersedekah.

Kedua, pintu masuk untuk orang-orang yang mengerjakan solat yang mereka itu menyempurnakan solat dan wuduknya (yang amat memberati tentang sunat dan wajib serta adab-adabnya).

Ketiga, pintu masuk untuk orang-orang yang mengeluarkan zakat hartanya.

Keempat; pintu masuk untuk orang-orang yang menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat mungkar.

Kelima; pintu masuk untuk orang yang menahan nafsu-syahwatnya.

Keenam; pintu masuk untuk orang yang mengerjakan haji dan umrah.

Ketujuh; pintu masuk untuk para pejuang.

Kelapan; pintu masuk untuk orang yang memejamkan panca indera penglihatannya dari segala perkara haram, orang yang mengerjakan kebaikan serta kebajikan, berbuat baik kepada kedua orang tua dan menjalinkan silaturrahim serta perbuatan-perbuatan baik lainnya."

Sumber : Daqa'iqul Akhbari


Satu Pintu ke 'Arsy

Penghuni-penghuni syurga mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk masuknya sendiri. Satu pintu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk dapat melihat ahli neraka dan satu pintu ke 'Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah)

Dalam buku "Ahlul al-Jannah wa al-Ni'amahu" diterangkan selain yang tersebut di atas ada lagi pintu-pintu khas yang diberi nama :

- Pintu para rasul dan nabi
- Pintu zakat
- Pintu haji
- Pintu syahadat dan selawat
- Pintu syuhada
- Pintu salihin
- Pintu siddiqin
- Pintu ilmu dan iman
- Pintu rahmat
- Pintu taubat

Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber : Rahasia Masuk Surga oleh Muhammad Mahmud Abdillah


Renung-renung dan fikirkanlah...

0 Comments: