Ahad, September 06, 2009

...setiap butir pasir tersembunyi di sebaliknya hikmah..."

Hanya sekadar berkongsi sebuah kisah yang Mil ambil dari sebuah buku motivasi diri. Mungkin ada yang pernah terbaca atau terdengar kisah ini. Jom kita hayati kisah ini...

Pada zaman dahulu terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil. Rakyat di dalam negeri dan negeri-negeri jajahannya hidup dalam keadaan aman lagi makmur. Rahsia di sebalik semua ini adalah kerana raja mempunyai seorang bendahara yang merupakan penasihat yang baik. Apa yang istimewa pada bendahara ini ialah, setiap kali menyelesaikan masalah rakyat, dia akan berpesan bahawa segala sesuatu itu mengandungi hikmah yang tersembunyi. Perkara ini dimaklumi oleh mereka yang bekerja rapat dengannya.

Pada suatu hari, raja bermain pedang dengan adindanya. Dalam perlawanan itu, adinda raja menghayun pedang dan terkena pada betis raja sehingga mengakibatkan luka yang sangat dalam dan darah mengalir membasahi ruang. Raja diusung dan dirawat dengan sebaik-baiknya. Raja berada sangat gusar akan niat yang terpendam dalam diri adindanya. Bagi merungkai persoalan ini, raja telah memanggil bendaharanya untuk menghadap.