Jumaat, Februari 05, 2010

sedihnya...

Hari nie Mil menjadi pendengar setia..mendengar luahan perasaan dari hati yang sedang berkecamuk...seolah-olah dia/mereka merasai diri tidak sepatut diperlakukan sebegitu...rasa tidak adil, terbeban atau teraniaya...

Nasihat Mil, banyak-banyaklah berdoa dan bersabar...Inilah rencah kehidupan...

Mil tak boleh komen banyak-banyak...sebab bukan Mil yang merasai ketidakpuasan hati...

Cuma Mil boleh cakap...berdoa lah dan bertawakal-lah...

Dengan doa, segala-galanya boleh berubah...

Ape sahaja yang kita nak buat mestilah berfikiran positif, sabar, tawakal, ikhlas...

khas untuk rakan-rakan Mil (termasuk diri sendiri juga)...

"Kalau kita terasa terbeban dengan tugasan keje yang sedia ada, minta lah bantuan pada rakan-rakan lain, masih ramai yang sudi untuk membantu tapi janganlah kita duk merungut-merungut atau mengadu domba seolah-olah semua keje yang ada tergalas pada bahu kita seorang sahaja...sebab kita patut bersyukur, kita masih ada tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang diberikan pada kita...dalam kata lain..kita sebenarnya seorang yang memang hebat!"

Ahad, Ogos 30, 2009

sepuluh amalan murah rezeki

Semua manusia berkehendakkan rezeki yang murah, luas dan mudah...malah yang diberkati Allah... Jom kita jenguk secara ringkas, 10 amalan murah rezeki yang boleh diikuti...

  • Taubat/Istighfar
  • Takwa
  • Beribadah kepada Allah
  • Merapatkan Silaturrahim
  • Berinfaq (Berbelanja) di Jalan Allah
  • Bersyukur
  • Tawakkal
  • Hijrah ke Jalan Allah
  • Memberi nafkah mereka yang menuntut ilmu syara'
  • Doa/Zikir & Membaca Al-Quran

Yang penting bagi setiap manusia adalah perlu Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal

Lakukanlah dengan seikhlas hati agar Allah merahmati hidup kita dan dimurahkan rezeki pada kita...Allah hu'alam...

Khamis, Ogos 13, 2009

UJIAN - "Mampukah aku melaluinya?"

Setiap manusia sentiasa bermohon agar setiap doanya dimakbul oleh Allah. Berharap agar segala impian, kehendak atau cita-citanya dapat dipenuhi. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Setiap yang diminta oleh hamba-Nya, diperdengari oleh Allah. Allah memperkenankan dan makbulkan setiap doa hamba-Nya. Dan hamba-Nya akan berasa amat gembira kerana doanya telah dimakbulkan. Sehingga adakalanya hamba-Nya teralpa atau terlupa untuk rasa bersyukur kerana leka di atas keseronokan dan kegembiraan. Itu kisah doa dimakbulkan...


Tapi selagi kita bergelar manusia, selagi itu kita tidak akan lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah satu ujian..satu dugaan...satu cabaran untuk menguji kekuatan jiwa kita. Kita diuji dengan pelbagai bentuk atau cara yang berbeza. Setiap manusia di muka bumi ini menerima ujian yang berbeza-beza. Kita tidak dapat menjangka bentuk ujian yang akan kita hadapi. Kadang-kala ujian yang diberikan pada kita amat berat sehingga ada kalanya kita akan berasa amat malu, kecewa, sedih, tertekan, lemah seluruh anggota badan kita. Dan ada kalanya sehingga kita kehilangan sanak saudara, keluarga, sahabat-handai...dan yang paling teruk kita dipulaukan dan dicemuh.