Ahad, Ogos 09, 2009

dressing... dah sembuh pun!

Mula-mula mil dengar pasai dressing nie, mil fikir sejenis pakaian kut...sebab 'dress' tapi rupanya kalau diterjemahkan maknanya pembalut/balutan.

Istilah Dressing amat popular digunakan dalam perubatan. Istilah biasa --> cucian luka + balutan. Dressing selalu dilakukan supaya luka yang telah dibedah perlu dicuci bersih agar tidak bernanah atau dijangkiti kuman. Sebab tak semua luka pembedahan dijahit. Kebanyakan dibiarkan ber'lubang' agar ia ditutup secara semulajadi. Cuba bayangkan ia berlubang...sehingga kita boleh nampak daging kita dan kadang-kala kita boleh nampak tulang kita sendiri. Bukankah ia amat mengerikan...??

Ada sesetengah klinik, jururawat yang akan membuat dressing dan adakala pembantu perubatan (lelaki) yang melakukannya. Lain orang lain caranya. Untuk dressing, antiseptik dan kapas akan digunakan. 'Luka' akan dibersihkan dan kalau yang jenis ber'lubang', akan dikorek dalam bagi memastikan 'lubang luka' bersih dan berdarah. Dengan alasan, 'luka' cepat sembuh. Pergh...pedih rasanya...

Begitulah, yang mil lalui setiap hari. 'Luka' mil perlu dicuci supaya cepat sembuh. Kebetulan 'luka' mil jenis 'berlubang' pulak, jadi ia akan dikorek menggunakan kapas berantiseptik untuk memastikan sama ada darah yang keluar atau sebaliknya. Kalau darah, 'luka' itu sihat. Kalau tak ,big problem! So, far oklah! 'Luka' mil bersih dan sihat. Harap2 cepatlah sembuh...Rasanya dah x mampu nak buat dressing..terutama masa kena 'korek'...muka berkerut menahan pedih...

dressing...oh!dressing...

Syukur akhirnya tapak kaki kanan mil dah sembuh. Dah boleh berjalan seperti biasa. Daging dan kulit dah tumbuh. Cuma yang tinggai hanya parut shj. Jadi moral value....jagalah kaki anda baik-baik!...heheheh...

0 Comments: