Khamis, Januari 05, 2012

basuh kaki???

Pernah tak masa kecil-kecil dulu, mak ayah kita selalu suruh kita sebelum tido, mesti basuh kaki dulu, baru boleh tido...kenapa yer? Penah terpikir tak, sebab apa...dulu kita cuma buat tanpa banyak soal...Malah, sehingga dewasa, basuh kaki dah jadi satu amalan wajib sebelum masuk tido... 

Mil nak kongsikan satu artikel yang menarik ...Kenapa Basuh Kaki?

google image

Kaitan kaki dan gelombang otak
Basuh kaki boleh menurunkan gelombang otak daripada 
Beta -> Alpha -> Theta -> Delta

ermm...apa kena mengena basuh kaki dengan gelombang otak manusia?

Kaki mempunyai titik pusat urat saraf yang menghubungkan keseluruhan organ dalam tubuh. 


google image
Gelombang otak manusia berbeza-beza mengikut keadaan semasa iaitu:










Beta : bekerja, berfikir, dalam tekanan, beremosi, aktif melakukan aktiviti
Alpha : santai, berehat, menonton televisyen
Theta : tenang, tido-tido ayam, meditasi
Delta : ketenangan yang mendalam, tido lena tanpa mimpi  

Setiap hari kita dalam gelombang beta. Gelombang itu akan turun sedikit apabila kita mendengar azan dan bersolat. Solat khusyuk akan membuatkan kita dalam gelombang alpha.

Apabila kita hendak tido sudah semestinya kita mahu dalam suasana yang tenang dan damai. Bagi mendapatkan nilai tido yang berkualiti, kita mesti dalam gelombang delta, iaitu tido yang lena tanpa sebarang mimpi. Untuk mendapatkan nilai tido seperti itu, maka kita kenalah basuh kaki terlebih dahulu sebelum tido.

Tapi, kalo kita dalam tido-tido ayam, bermakna kita dalam gelombang theta..Gelombang ini membuatkan kita akan bermimpi macam-macam...

Apabila kaki (titik pusat urat saraf) dibasuh dan digosok, gelombang akan turun dan secara automatik seluruh organ dalam tubuh kita termasuk otak akan mendapatkan kesan yang tenang dan seterusnya tido yang nyenyak.

Tapi, untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan berkualiti, kita digalakkan mengambil wuduk sebelum tido. 

**Amacam?? Jom pakat ramai-ramai, sebelum tido, ambil wuduk. Insya Allah, kita akan dapat tido yang berkualiti...


Dipetik daripada Majalah Al-Islam 2012 oleh Dr Azhar Sarip (Kenapa basuh kaki?)

Selasa, Disember 07, 2010

masalah kewangan?

Tanda-tanda yang menunjukkan anda ada masalah kewangan:

  1. Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaan -- perbelanjaan akan melebihi pendapatan
  2. Jika hutang lebih daripada apa yang boleh anda uruskan
  3. Anda hanya mampu membayar 5% setiap bulan bagi bil kad kredit
  4. Anda tiada tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga
  5. Anda mendapat panggilan yang kerap daripada peminta hutang
  6. Anda dihadapkan dengan surat saman/surat guaman meminta pembayaran balik bagi amaun tertunggak

  
kredit:iluvislam

Selasa, November 02, 2010

delegation...

6 steps of effective delegation

1. Prepare beforehand.

2. Clear define the task to be completed. Be specific. Ask the person to whom you delegating to repeat the information back to you to ensure that he or she fully understands.

3. Clearly outline the time frame within which the delegated task must be completed.

4. Define the level of authority he or she is to use with this task:
                   Level one : The authority to RECOMMEND
                   Level two : The authority to INFORM and INITIATE
                   Level three : The authority to ACT


5. Identify checkpoints when you will meet with the delegatee to review progress and offer guidenace, if needed. Schedule these meetings frequently at first, taper off as you see the task being mastered.

6. Hold a debriefing session to discuss what went well, what could have been improved, and what has been learned.


TQ: Source - The Six Steps of Effective Delegation

Sabtu, November 14, 2009

4 perkara JANGAN untuk kad kredit anda...

Sekadar untuk berkongsi maklumat...Cukup menarik dan berguna terutama yang mempunyai kad kredit...

Empat perkara JANGAN untuk kad kredit anda:
  1. JANGAN buat bayaran minimum sahaja. Ini akan melanjutkan tempoh bayaran anda dan akan meningkatkan lagi faedah dan keseluruhan jumlah kos.
  2. JANGAN bawa banyak kad. Penggunaan pelbagai kad memudahkan peningkatan jumlah hutang kerana sukar untuk menjejaki penggunaannya. Mempunyai banyak kad tidak semestinya memberi keburukan tetapi yang paling penting bagaimana menggunakannya. Oleh itu, gunakanlah secara berhemah.
  3. JANGAN melepasi tarikh akhir bayaran. Ini akan meningkatkan jumlah kos pembayaran kad disebabkan penambahan faedah/penalti lewat bayar sehingga boleh mencecah RM50 satu kad. Segeralah membuat pembayaran sekiranya telah melewati tempoh tarikh akhir bayaran dengan membayar secara online atau melalui telefon.
  4. JANGAN ambil tunai daripada kad kredit. Ini melibatkan kadar faedah dan yuran perkhidmatan yang sangat tinggi kosnya. Elakkan kos sedemikian.
Sumber : Susan McCarthy, a financial adviser in Oklahoma City and author of The Value of Money

Khamis, November 12, 2009

mengapa maklumat amat penting???

Kadang-kala kita sering terkeliru antara data dan maklumat. Kita mengganggap data dan maklumat memberi makna yang sama. Tapi sebenarnya, kedua-duanya berbeza. Jom jenguk apa yang dimaksudkan data, maklumat dan juga hirarki maklumat...
Kepentingan maklumat dari segi 3 aspek:
  1. Maklumat penting untuk membuat keputusan
  2. Maklumat adalah satu industri
  3. Maklumat adalah satu kuasa


Hirarki Maklumat

Berikut adalah contoh penjelasan berkaitan hirarki maklumat. Boleh dijadikan rujukan ringkas...

Isnin, November 09, 2009

kumpulan darah...

Setiap orang di muka bumi ini tergolong dalam kumpulan darah masing-masing...Ada yang dalam kumpulan darah jenis A, B, AB atau O...Dan dikatakan setiap individu berbeza tabiat mengikut kumpulan darah sendiri..Malah, untuk diet pun kena mengikut kumpulan darah sendiri...supaya diet berkesan pada tubuh badan kita...Betulke???

Jom jenguk sebahagian tabiat mengikut kumpulan darah masing-masing...

**Mil dapat gambar ini daripada emel opis. Yang lukis gambar ini, terima kasih byk2nyer...So cute

***Nak tengok lebih jelas.---> klik pada gambarnya***




Sabtu, November 07, 2009

pintu-pintu syurga...




Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang yang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
*gambar sekadar hiasan sahaja



Sumber : Malam Pertama di Syurga oleh Adil Akhyar

Ahad, November 01, 2009

faedah lelap seketika kepada pekerja...

SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.

Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Ahad, September 06, 2009

penyebab penyakit lupa

Penyakit lupa sering menyerang orang yang telah berusia. Namun, orang muda juga tidak terkecuali. Pemerhatian orang-orang soleh mendapati bahawa ada beberapa penyebab penyakit lupa:



-PUNCA LUPA-

  • Makan makanan dan minuman yang telah dimasuki serangga
  • Makan kepala ikan
  • Makan organ dalaman binatang
  • Makan epal masam
  • Membaca tulisan di atas batu nisan di tanah perkuburan
  • Sering melihat kemaluan, termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab
  • Melihat najis ketika buang air besar

wallahu 'alam

fungsi otak kanan & kiri


Jom tinjau fungsi otak kanan dan otak kiri...


Ahad, Ogos 09, 2009

takwim hijrah

  1. Muharram
  2. Safar
  3. Rabiulawal
  4. Rabiulakhir
  5. Jamadilawal
  6. Jamadilakhir
  7. Rejab
  8. Syaaban
  9. Ramadhan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijjah