Pada mula-mula tapak kaki mil membengkak, mil terpk diserang sakit gout. Sebab mil beranggapan bila kaki membengkak, itu petanda penyakit gout. Tapi telahan mil silap. Itulah kalau kekurangan maklumat dan ilmu. kita akan membuat andaian sendiri.
Gout
Gout terjadi disebabkan terhasilnya asid urik secara berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dikenali purin. Tubuh kita membuang bahan kumuhan ini melalui urin. Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak.
Gout bermula dengan sendi kaki seperti ibu jari yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama dan biasanya terjadi pada waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik perlu diambil peduli:
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
- Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKAN | KURANGKAN MAKAN |
|
|
Pencegahan
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
- Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
- Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
- Minum banyak air
kredit : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Gout.php
0 Comments:
Catat Ulasan