Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita sendiri. Mungkin kita terlupa atau teralpa dalam mengejar kenikmatan hidup di dunia...kita sering tertinggal amalan yang mudah tapi besar ganjarannya. Antara amalan yang sering dituntut oleh Islam; iaitu bersedekah.
Pengertian Sedekah
Sedekah dalam pengertian bahasa adalah sesuatu yang diberikan. Sedekah dituntut kerana perbuatan ini menjadi bukti bahawa seorang hamba itu benar-benar menjadikan kehidupannya sebagai ibadah kepada Allah.
Imam al-Jurjani berkata: "Sedekah adalah suatu pemberian yang mengharapkan pahala dari Allah".
Imam al-Nawawi berkata: "Diberi nama sedekah kerana ia merupakan bukti di atas kebenaran iman seseorang yang menunaikannya sama ada secara zahir mahupun batin. Ia merupakan amal yang menjadi bukti akan kebenaran iman seseorang".
Keutamaan-keutamaan Sedekah
Sedekah memiliki keutamaan dan pahala yang besar di dunia dan akhirat. Hanya orang yang diinginkan Allah dan diberi-Nya taufiqlah yang akan mendapatkan itu semua. Keutamaan-keutamaan itu adalah seperti berikut:
- Sedekah sebagai pembersih dan pensuci diri
- Sedekah memenuhi perintah Allah dan Rasul-Nya
- Orang mukmin mendapatkan perlindungan dengan bersedekah pada hari Kiamat
- Sedekah melindungi dari bahaya dan musibah serta menolak su'ul khatimah (kematian yang buruk)
- Sedekah merupakan bukti di atas kebenaran iman
- Sedekah menyelamatkan seorang muslim dari belenggu hati
- Allah akan menggantikan harta orang yang bersedekah
- Pahala sedekah sentiasa mengalir kepada orang yang bersedekah walaupun selepas dia meninggal dunia
- Sedekah menghapus kesalahan (dosa)
Jom sedekah...
0 Comments:
Catat Ulasan