Sabtu, November 14, 2009

lima faedah silaturrahim...

Silaturrahim...Apa maksudnya?

Sebelum Mil kongsikan faedah silaturrahim...jom kita fahami apa makna silaturrahim???

Silaturrahim secara hakikatnya adalah kesediaan para anggota keluarga untuk memberi kebaikan, sama ada kebaikan berupa fizikal seperti memberi bantuan makanan dan tempat tinggal atau kebaikan mental seperti memberi nasihat, memberi tunjuk ajar atau memberi wasiat tentang kesabaran.


Mil senaraikan lima faedah utama silaturrahim...
1 Silaturrahim akan membuat rezeki seseorang semakin bertambah dan dipanjangkan umurnya. Rasulullah pernah bersabda:
"Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan usianya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia menyambung silaturrahim." (H.R Bukhari)

2 Silaturrahim boleh menambahkan harta. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Al-Hakim dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
"Belajarlah tentang nasab-nasab kalian sehingga kalian boleh menyambung silaturrahim. Kerana sesungguhnya silaturrahim adalah (sebab adanya) kecintaan terhadap keluarga (kerabat dekat), (sebab) banyaknya harta dan bertambahnya usia."

3 Silaturrahim boleh menumbuhkan rasa cinta di antara keluarga, kerabat dan sahabat.

4 Silaturrahim boleh memudahkan sahabat untuk mendapatkan kematian yang baik di akhir hayatnya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abdullah bin Ahmad, Al-Bazzar dan Ath-Thabrani dari Ali bin Abi Thalib, Rasulullah bersabda,
"Barangsiapa suka untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya serta dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim."

5 Silaturrahim tidak sahaja memberi kebaikan di dunia sahaja. Anas r.a. berkata:
"Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah pada hari kiamat iaitu:
  • Orang yang menyambungkan hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya.
  • Wanita yang ditinggalkan mati oleh suaminya dan kemudian memelihara anak yatimnya sehingga mereka mati.
  • Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin."

Secara ringkas, silaturrahim boleh difahami sebagai menjalin hubungan persaudaraan, persahabatan ke arah kebaikan. Bagaimana hendak menjalin hubungan yang baik?...boleh melalui harta benda, nasihat, tunjuk ajar, doa dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia menghubungkan tali silaturrahim"
(H.R. Muslim)

Jadi, rebutlah kebaikan silaturrahim...bukan sahaja hubungan yang baik dapat terjalin, malah rezeki dimurahkan dan usia dipanjangkan... Insya Allah.

0 Comments: