Rabu, Januari 18, 2012

tekanan@stress - Part 3

Sape kata tekanan@stress tidak boleh dirawati.....

Mil senaraikan kaedah-kaedah untuk menangani tekanan@stress secara umum:
a. Merehatkan tubuh badan dan minda
b. Meluahkan perasaan
c. Berfikiran positif
d. Bersukan/bersenam/beriadah

Tetapi...sebaik-baiknya...
a. Tawakal kepada Allah - Bergantung sepenuhnya kepada Allah
b. Sabar Separuh Daripada Iman
c. Bersyukur dan tawadduk
d. Hindari kesedihan yang melampau
e. Jangan berputus asa
f. Ingat! Dunia hanya sementara, ujian sentiasa akan mendatang
g. Bertaubatlah!
h. Jom zikir selalu
i. Doa adalah senjata mukmin

Kesimpulan:

Hidup ini memang banyak dugaan dan ujian. Kalau kita asyik melayan je, apa keje memang tak boleh buat. Setiap orang pasti akan menghadapi tekanan@stress termasuk Mil sendiri. Namun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, setiap sakit pasti ada ubatnya melainkan maut sahaja....

Mil ingat kata seseorang yang begitu rapat dengan Mil...."kalau kita berfikir sesuatu penyelesaian dan berdoa, pasti Allah akan tunjuk pada kita jalan keluar untuk masalah tersebut"...

Jadi, anggap tekanan@stress adalah rencah dalam kehidupan. Jangan tunduk padanya. Kuatkan semangat dan berfikiran positif serta berdoa kepada Allah...nescaya tekanan@stress atau apa sahaja bala bencana pasti akan berakhir.

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya-Ku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku"

Sabtu, Januari 07, 2012

tekanan@stress - Part 2

kemurungan yang boleh me'makan' diri
Tekanan@stress bukan untuk dihapus tetapi perlu diurus. Sebenarnya, stress dapat membantu seseorang menjadi lebih berkualiti dan produktif. Tetapi ia bergantung kepada persepsi individu tersebut. Jika ia menganggap tekanan@stress adalah satu bala, maka stress itu akan menjadi satu 'penyakit' yang merbahaya kepadanya. Namun, jika ia menganggap tekanan@stress adalah satu cabaran, satu motivasi padanya, berlainanlah pula jadinya...mungkin ia akan berusaha ke arah lebih baik. Kesimpulannya, tekanan@stress boleh dianalogikan sebagai sebuah pisau yang tajam...bergantung kepada siapa yang memegangnya...sama ia boleh dijadikan sebagai alat memotong yang berguna atau yang boleh membunuhnya.

Jom kita lihat tekanan@stress daripada perspektif yang positif:
  • Stress - takut gagal menyebabkan kita berusaha dengan lebih gigih dan bijak
  • Stress - kerana jahil menyebabkan seseorang itu sentiasa berusaha menimba ilmu
  • Stress - merasakan diri berdosa mendorongkan seseorang itu sentiasa bertaubat bersungguh-sungguh
  • Stress - kerana ada risiko kesihatan menyebabkan seseorang berusaha menjaga pemakanan, senaman dan pelbagai kaedah penyembuhan
Siapa kata, stress hanya memberikan kesan negatif...sebenarnya banyak kebaikan dengan adanya tekanan@stress cuma kita kena bijak mengatasinya..itu sahaja!

Mil senaraikan sebahagian tanda-tanda tekanan@stress mengikut kategori...jom kita semak..

1. Fizikal 
- sakit kepala
- sakit dada
- berpeluh
- kejang perut, otot, tengkok bahu dan bahagian belakang
- degupan jantung menjadi lebih cepat
- sukar untuk tidur
- tekanan darah menjadi tinggi
- berat badan berubah
- mengalami insomia

2. Minda
- hilang tumpuan dan ingatan
- minda kosong
- rasa rendah diri
- sentiasa rasa kurang seronok
- rasa kurang yakin

3. Tingkah Laku
- menjerit dengan tiba-tiba
- makan berlebihan atau tidak selera untuk makan
- gagap tiba-tiba
- ketawa dengan kuat
- menangis
- gertap gigi

marah & hilang sabar antara tanda-tanda stress
4. Emosi
- tertekan
- rasa bimbang
- marah
- hilang sabar
- mudah tersinggung
- gementar
- mudah kecewa
- rasa takut

**jika kita ada ciri-ciri seperti di atas, berkemungkinan kita sedang mengalami tekanan@stress...jangan biarkan ia berlarutan...rawatinya dengan segera. 

Tekanan@stress boleh berlaku di mana-mana dan pada sesiapa sahaja...

Cara untuk menanganinya ada beberapa kaedah....bersambung pada episod seterusnya...

Jumaat, Januari 06, 2012

tekanan@stress - Part 1

Tekanan, stress, kemurungan, depression...semua orang menghadapinya...tidak kira usia, jantina, jenis pekerjaan, status kawin/bujang...dsbnya..

Puncanya...daripada pelbagai penjuru...sebab duit, bebanan kerja, 'bila kamu nak kawin, umur dah masuk 3 siri...?, Bilalah nak timang anak, kahwin dah 10 tahun?..antara persoalan yang boleh ke arah tekanan...

Orang yang menghadapinya pun pelbagai jenis...cara mereka hadapi, atasi dan tangani pun ada pelbagai gaya dan cara...

Nak melalui tekanan@stress ini perlukan strategi dan semangat yang kuat. Ada yang berjaya lalui dengan baik dan ada yang juga gagal melaluinya...

Tekanan@stress berlaku apabila masalah datang kepada kita, dan lebih teruk, sudah jatuh ditimpa tangga...masalah ini berpunca sama ada salah aturan dalam kehidupan atau tetiba je ia datang tanpa dijangka..

stress......nya (google image)
Lebih menyukarkan bila kita rasa semua pintu jalan keluar sudah tertutup. Yang kita nampak hanya tembok atau dinding besar yang menghalang kita keluar. Masa itu, rasa seperti gunung menimpa kita...rasa sedih, keliru, beremosi, baran..dan semua sifat-sifat negatif menonjol dalam diri kita...
Kita menjadi bengung apabila masalah tidak dapat diselesai apatah ditambah lagi dengan suasana, ahli keluarga, kawan-kawan yang tidak memahami kita, tidak membantu kita malah menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada...

Kalau ia dibiarkan tanpa dilawan, tanpa diubati, tanpa diatasi..tekanan@stress dalam diri kita akan berlarutan...akibatnya....tiada lagi sifat malu, tiada lagi sifat perikemanusiaan, tiada lagi mengenal siapa saudara, siapa ibu ayah, siapa suami, siapa isteri, siapa anak, siapa kawan.....seolah-olah 'diri kita sudah hilang'....hanyut, tewas, lemah...tunduk dengan tekanan diri apatah ditambah pula dengan perisa 'Syaitan'.

Bagaimana hendak atasinya? Adakah tekanan@stress berikan kesan negatif sahaja? Tunggu Part 2 dan seterusnya...

Isnin, Oktober 04, 2010

Tiroid dan seangkatannya...

Tiroid?! Pernah dengar? Pernah mengalami? Ermm...Agak-agaknya apa yer...

Apakah tiroid dan ahli-ahli keluarganya yang berkaitan..? Jom kita tanya pak google...

TIROID (THYROID)

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.[Wikipedia]

Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah. Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.



Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi merah atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki.


Hyperthyroidism



Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah. Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki, ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga. Tanda- tanda yang mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :

  • Selera makan makin bertambah

  • Menggeletar jari tangan

  • Timbulnya perasaan marah

  • Penurunan berat badan

  • Berdebar-debar

  • Sering berpeluh

  • Terasa panas

  • Rambut gugur

  • Kerap membuang air besar

  • Sukar untuk tidur (insomnia)

  • Pusingan haid tidak teratur

  • Mata terjojol

  • Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan
Rawatan : Pengambilan ubat-ubatan, radioaktif iodin atau pembedahan


Hypothyroidism




Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah iaitu kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik atau hormon tiroid tidak dapat dihasilkan dengan secukupnya. Tanda-tanda penyakit ini ialah :


  • Badan akan menjadi gemuk
  • Badan sering merasa sejuk
  • Malas
  • Kuat tidur
  • Ingatan terganggu
  • Kaki membengkak
  • Denyutan jantung perlahan
  • Lembap
  • Boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera
  • Kurang tenaga
Rawatan : Pengambilan hormon tiroksin



Beguk (Mumps)



Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar air liur (parotid). Kebengkakannya berlaku bermula dibelakang telinga sehingga ke dagu. Ia terjadi disebakan oleh virus Mumps. Tanda-tanda beguk ialah :Rawatan : Tiada ubat untuk membunuh virus tersebut. Hanya diberikan ubat untuk mengurangkan kesakitan dan kebengkakan sahaja.

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit-sakit otot
  • Bengkak kelenjar air liur




Bengkak Kelenjar Tiroid (Goiter)


Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong. Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan. Tanda-tanda goiter adalah :

  • Pembengkakan kelenjar tiroid yang akan menyebabkan leher membengkak
  • Rasa perit dikerongkong
  • Batuk
  • Suara menjadi parau/serak
  • Sukar untuk menelan
  • Sukar untuk menafas
Rawatan : Pemerhatian oleh doktor (saiz kecil dan berfungsi secara normal), ubat-ubatan, radioaktif iodin atau pembedahan.

Itulah kisah tiroid dan seangkatannya...

Setiap penyakit, ada ubatnya...

Tapi yang paling penting...mencegah lebih baik daripada merawat...


  1. Biasakan diri mengisi perut dengan makanan/minuman secara sederhana (Dalam erti kata lain, berhenti makan/minum sebelum kenyang)

  2. Setiap kali makan dikunyah sampai lumat sebelum telan (Bila ditelan, taklah tercekik)

  3. Sebelum makan, baca Bismillah dan baca Alhamdulillah setiap kali menelan makanan

  4. Biasakan kerja menggunakan otot-otot badan, bersenam, jogging, berenang sehingga badan berpeluh. Sekurang-kurang 20 minit sehari

  5. Sentiasa beristighfar.
Kredit :
1. Website yang memberikan maklumat/gambar tentang penyakit-penyakit di atas
2. Majalah MILENIA

Sabtu, Ogos 15, 2009

H1N1 membimbangkan...

Kini, kita sudah maklum H1N1 sedang menular di negara kita...Sehingga hari ini, sudah lebih 50 orang meninggal dunia kerana telah dijangkiti oleh wabak selesema atau Influenza A (H1N1)...Ini adalah satu tahap yang amat membimbangkan. Malah, WHO anggar 5 juta rakyat Malaysia dijangkiti H1N1 jika abaikan kesihatan.

Orang ramai telah mulai sedar dan prihatin dengan penularan wabak ini. Mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada dijangkiti wabak selesema atau H1N1. Selain digalakkan memakai penutup hidung dan mulut, pelbagai petua telah dicadangkan bagi mencegah daripada dijangkiti wabak ini iaitu makan buah-buahan Vitamin C seperti epal hijau, limau, buah kurma (tamar), minum susu, makan coklat, madu dan habbatus sauda. Bagi yang beragama Islam, kita sentiasa digalakkan dalam keadaan berwudhu.


Sumber : Utusan Malaysia Online 15 Ogos 2009

Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak dijangkiti penyakit selesema babi atau influenza A (H1N1) yang semakin serius, orang ramai yang semakin sedar tentang keperluan menggunakan penutup hidung dan mulut berebut-rebut membeli alat pelindungan tersebut. Namun kehabisan stok alat itu menyebabkan banyak pembeli berasa hampa dan kecewa. Difahamkan bekalan stok alat perlindungan di beberapa premis farmasi di ibu negara Kuala Lumpur terputus sejak beberapa hari lalu ekoran masalah untuk memperoleh bekalan itu daripada pembekal.

Mil galakkan setiap orang mengamalkan minum habbatus sauda setiap hari pagi dan petang. Habbatus sauda adalah penawar terbaik semua penyakit dan ia mempunyai antibodi yang tinggi. Nak tau lebih lanjut tentang habbatus sauda...TUNGGU...

Mungkin ramai dah mengetahui apakah itu wabak selesema atau Influenza A (H1N1). Mungkin ada yang segelintir belum pasti apakah H1N1, bagaimana ia berjangkit dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Mil kongsikan faktanya. Sumbernya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ahad, Ogos 09, 2009

kencing manis (diabetes mellitus)

Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus antara penyakit kronik yang menyebabkan peningkatan gula (glukosa) dalam darah. Glukosa diperlukan oleh badan kita sebagai pemberi tenaga. Badan kita mendapat glukosa daripada pencernaan kanji (karbohidrat), buah-buahan atau gula. Glukosa yang diserap oleh usus akan diedarkan melalui sistem peredaran darah ke semua organ di dalam badan.

Proses penghantaran dan pengedaran glukosa ke setiap organ dibantu oleh hormon insulin yang dikeluarkan oleh pankreas. Hormon insulin membolehkan glukosa diserap oleh sel-sel. Proses ini akan terganggu apabila organ tertentu tidak bertindakbalas kepada hormon insulin atau pankreas tidak mengeluarkan insulin secukupnya. Ini mengakibatkan glukosa tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu dan seterusnya paras gula dalam badan akan meningkat.

gout

Pada mula-mula tapak kaki mil membengkak, mil terpk diserang sakit gout. Sebab mil beranggapan bila kaki membengkak, itu petanda penyakit gout. Tapi telahan mil silap. Itulah kalau kekurangan maklumat dan ilmu. kita akan membuat andaian sendiri.

Gout

Gout terjadi disebabkan terhasilnya asid urik secara berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dikenali purin. Tubuh kita membuang bahan kumuhan ini melalui urin. Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak.

Sabtu, Ogos 08, 2009

tekanan darah tinggi (hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah antara penyakit 'pembunuh senyap'. Penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala yang begitu serious pada pandangan mata kasar sesiapa. Tetapi kesannya amat besar sekiranya penyakit ini tidak diambil peduli.

Marilah kita jenguk2 apakah tekanan darah tinggi, gejala dan cara untuk mengawalnya...

Apakah tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi adalah satu situasi di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg sekurang-kurang tiga kali atau meningkat secara berterusan. Bagaimanapun, seseorang tidak diklasifikasikan sebagai pengidap tekanan darah tinggi jika bacaan tekanan darah melebihi paras biasa hanya sekali.

Penyakit tekanan darah tinggi berlaku apabila arteri atau dinding pembuluh darah menjadi keras dan menyukarkan darah untuk melaluinya. Akibatnya, tekanan darah meningkat dan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 mmHg atau lebih, ini bermakna anda berpotensi mengidap penyakit tekanan darah tinggi.