Ahad, Ogos 09, 2009

jom bersedekah!

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita sendiri. Mungkin kita terlupa atau teralpa dalam mengejar kenikmatan hidup di dunia...kita sering tertinggal amalan yang mudah tapi besar ganjarannya. Antara amalan yang sering dituntut oleh Islam; iaitu bersedekah.


Pengertian Sedekah

Sedekah dalam pengertian bahasa adalah sesuatu yang diberikan. Sedekah dituntut kerana perbuatan ini menjadi bukti bahawa seorang hamba itu benar-benar menjadikan kehidupannya sebagai ibadah kepada Allah.


Imam al-Jurjani berkata: "Sedekah adalah suatu pemberian yang mengharapkan pahala dari Allah".


sedekah mengubati bisul

Diriwayatkan oleh Ali bin al-Hasan bin Syaqiq bahawa Ibnu al-Mubarak pernah ditanya oleh seorang lelaki: "Wahai Abu Abdul Rahman! (gelar Ibnu al-Mubarak) sudah tujuh tahun aku menahan sakit bisul yang ada dilututku ini. Aku sudah bertanya dengan ramai doktor, dan sudah pula bermacam ubat yang kucuba untuk menyembuhkannya, tapi penyakit ini tak kunjung sembuh.



Ibnu al-Mubarak menjawab: "Ketahuilah bahawa saat-saat ini orang-orang sedang memerlukan air (kerana musim kemarau), maka buatlah sebuah telaga yang boleh dimanfaatkan oleh mereka dan dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh. Lelaki itu bersegera membuat telaga untuk memenuhi keperluan orang ramai hingga akhirnya penyakit bisulnya pun menjadi sembuh.



Sebenarnya, banyak kisah yang boleh dijadikan teladan dan contoh berubat dengan sedekah untuk kita semua boleh ikuti. Tapi, mil hanya ambil satu contoh kisah berubat sakit bisul dengan sedekah.



Sedekah ini banyak faedahnya...Yang memberi dapat mengukuhkan lagi imannya, yg menerima dapat merasa manfaatnya. Oleh itu, bersedekahlah supaya setiap manusia di muka bumi ini dapat merasa faedah dan kebaikan bersama.