Dah lama Mil tak mem'blog'..Sibuk dengan pelbagai urusan peribadi mahupun kerja. Malas pun ade..heheheh..
Pejam celik, lagi dua bulan..kita akan melangkah tahun 2010 dan mengucapkan selamat tinggal kepada 2009...
Begitu pantas masa berlalu...umpama sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam, sejam seperti seminit, seminit seperti sesaat dan sesaat seperti....emm apanya..?!
Bulan syawal ..bulan raya pun dah abis...Sekarang bermula musim haji...yang dapat seruan Illahi tahun nie, dapatlah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah..seronoknya...Mil berharap satu hari Mil dapat menunaikan ibadah haji ..Insya Allah...
Begitulah masa...kalau kita tak urus masa kita betul...banyak perkara/benda tidak dapat dilaksanakan dengan baik...
Sebut pasal 2010 yang akan menjelang tiba..pasti setiap orang ada pasang azam atau cita-cita yang hendak dicapai untuk tahun itu.
Macam mana azam 2009..dah tercapai ke atau hanya tinggal azam je ke?
Bagi Mil, sepanjang 2009 nie, banyak perkara yang dilalui tanpa kita ramal atau dijangka...Semua berlaku dengan mendadak sehingga kadang-kala boleh membuat kita hilang pertimbangan atau rasional...Begitu merunsingkan dan membingungkan...
Time heals all wounds, unless you pick at them. **Shawn Alexander **...
Macam-macam yang akan kita lalui..ada azam yang dapat capai, ada kegagalan dan kejatuhan, ada kekecewaan dan kegembiraan, ada kedukaan dan keceriaan, ada kehilangan dan gantian, ada tangisan dan senyuman, ada kesakitan dan kesembuhan....itulah kehidupan...
Jangan sedih-sedih tau kalau tahun ini, 2009 tiada kemajuan dicapai..mana tau tahun 2010, cara hidup akan berubah..janji jangan putus asa...dan sentiasa tawakal...
Mil pun berharap agar Mil tak mudah putus asa dan sentiasa sabar...Hidup di dunia kan...
2 Comments:
masa tak menunggu kita kan hehehe..
masa itu emas, hargailah setiap saat dalam kehidupan kita...
Catat Ulasan