Ahad, Ogos 09, 2009

dressing... dah sembuh pun!

Mula-mula mil dengar pasai dressing nie, mil fikir sejenis pakaian kut...sebab 'dress' tapi rupanya kalau diterjemahkan maknanya pembalut/balutan.

Istilah Dressing amat popular digunakan dalam perubatan. Istilah biasa --> cucian luka + balutan. Dressing selalu dilakukan supaya luka yang telah dibedah perlu dicuci bersih agar tidak bernanah atau dijangkiti kuman. Sebab tak semua luka pembedahan dijahit. Kebanyakan dibiarkan ber'lubang' agar ia ditutup secara semulajadi. Cuba bayangkan ia berlubang...sehingga kita boleh nampak daging kita dan kadang-kala kita boleh nampak tulang kita sendiri. Bukankah ia amat mengerikan...??

Ada sesetengah klinik, jururawat yang akan membuat dressing dan adakala pembantu perubatan (lelaki) yang melakukannya. Lain orang lain caranya. Untuk dressing, antiseptik dan kapas akan digunakan. 'Luka' akan dibersihkan dan kalau yang jenis ber'lubang', akan dikorek dalam bagi memastikan 'lubang luka' bersih dan berdarah. Dengan alasan, 'luka' cepat sembuh. Pergh...pedih rasanya...

sedekah mengubati bisul

Diriwayatkan oleh Ali bin al-Hasan bin Syaqiq bahawa Ibnu al-Mubarak pernah ditanya oleh seorang lelaki: "Wahai Abu Abdul Rahman! (gelar Ibnu al-Mubarak) sudah tujuh tahun aku menahan sakit bisul yang ada dilututku ini. Aku sudah bertanya dengan ramai doktor, dan sudah pula bermacam ubat yang kucuba untuk menyembuhkannya, tapi penyakit ini tak kunjung sembuh.



Ibnu al-Mubarak menjawab: "Ketahuilah bahawa saat-saat ini orang-orang sedang memerlukan air (kerana musim kemarau), maka buatlah sebuah telaga yang boleh dimanfaatkan oleh mereka dan dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh. Lelaki itu bersegera membuat telaga untuk memenuhi keperluan orang ramai hingga akhirnya penyakit bisulnya pun menjadi sembuh.



Sebenarnya, banyak kisah yang boleh dijadikan teladan dan contoh berubat dengan sedekah untuk kita semua boleh ikuti. Tapi, mil hanya ambil satu contoh kisah berubat sakit bisul dengan sedekah.



Sedekah ini banyak faedahnya...Yang memberi dapat mengukuhkan lagi imannya, yg menerima dapat merasa manfaatnya. Oleh itu, bersedekahlah supaya setiap manusia di muka bumi ini dapat merasa faedah dan kebaikan bersama.