Rabu, Disember 30, 2009

masa...cepatnya berlalu...

Dalam beberapa jam, giliran tahun 2009 melabuhkan tirainya... Tibalah pula tahun 2010..

Kalau diamati setiap perjalanan hidup 2009, sudah pasti macam-macam kisah dan peristiwa telah kita lalui dan alami...sama ada suka, duka, sedih, gembira, sakit, sihat, susah dan senang...

Cuba kita imbas kembali daripada awal Januari 2009 sehingga kini penghujung Disember 2009,
  • Apa yang telah kita capai?
  • Apa yang telah kita tinggalkan?
  • Apa yang telah meninggalkan kita?
  • Adakah tahun 2009 lebih menggembirakan kita?
  • Adakah tahun 2009 lebih menyedihkan kita?
  • Adakah tahun 2009 memberi kejayaan banyak pada kita?
  • Adakah tahun 2009 memberi banyak 'malang' kepada kita?
  • Atau Tahun 2009 tidak memberi apa-apa perubahan pada kita...sama seperti tahun-tahun sebelumnya?
Masing-masing orang....masing-masing kisahnya...

Seolah-olah sudah menjadi lumrah hidup, bila masuk tahun baru... pelbagai azam, cita-cita mahupun semangat baru ditetapkan... dengan harapan kejayaan akan kita perolehi...

Bagi yang mencapai kejayaan pada tahun 2009 ini, TAHNIAH diucapkan. Teruskan usaha anda, pertingkatkan prestasi..

Bagi yang tidak bernasib baik pada tahun 2009 ini, jangan berasa gusar hati. Masih ada sinar harapan untuk kita semua selagi 'mata belum tertutup'...Berdoalah sentiasa agar tahun baru ini 1431 H @ 2010 adalah tahun kejayaan kita semua.

Tutup report card lama... Buka report card baru...

Kesilapan lalu kita insafi dan ambil iktibar...Kejayaan lalu kita maintain dan sentiasa pertingkatkan.

===SELAMAT TAHUN BARU 1431H @ 2010===

dari dunia kecilku, mil

0 Comments: