Ahad, Mac 17, 2013

Segenggam Kopi

**Cerita yang popular, mungkin ramai yang penah membaca @ mendengar...mil olahkan semula mengikut pemahaman mil sendiri...yang penting ambil pengajaran daripada kisah ini...
Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda yang berputus asa dan hampir hendak membunuh diri. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan orang tua yang bijaksana untuk mendapatkan nasihat. Orang tua tersebut mengajak pemuda ke rumahnya. Orang tua pun menyuruh pemuda pergi ke dapur dan mengambil segenggam kopi serta membawa segelas air.


Pemuda tersebut pun membuat seperti yang diarahkan. Orang tua mengarah pemuda memasukkan kopi dalam gelas, bancuh dan minum.
Pemuda merasakan kopi tersebut amat pahit sekali. Orang tua yang bijaksana mengajak pemuda ke luar rumahnya pula dan menyuruh mengambil sebaldi air daripada telaga. Pemuda pun melakukan seperti yang diarahkan oleh orang tua tersebut. Pemuda tersebut memasukkan segenggam kopi ke dalam sebaldi air, kacau dan meminumnya. Pemuda tidak merasakan pahit langsung setelah meminum air telaga yang dicampurkan dengan segenggam kopi...

:=)Pengajaran daripada cerita:
masalah umpama segenggam kopi. Yang membezakan adalah bekasnya sama ada kecil atau besar. Kalo bekasnya kecil, terasa pahit kopinya tapi kalo bekasnya besar, sebaliknya...
Jadi...walau mcm mana besar masalah..ia tetap seperti segenggam kopi. Dan bekasnya seumpama hati@jiwa...kalo besarnya, jiwa@hati...masalah itu akan nampak kecil dan sebaliknya..

Rabu, Januari 04, 2012

sabar je laaa...

sedih sesangat...nak gi keje dah ilang mood
Penamat kisah 2011 dan permulaan 2012 yang tidak berapa menarik...
Kete Mil tetiba je rosak dan sekarang ia tengah 'berehat dan dirawat'. Yang paling tidak best dapat pomen yang 'slow' bangat..Dah masuk 2 minggu masih lagi belum selesai..

Agaknya ia buat pekasam kut...

Sabar je la...

Ahad, Oktober 02, 2011

Hormat Jiran


Dah lama Mil nak tulis pasai ini. Berbulan-bulan rasa terbuku di hati...Tapi baru hari ini nak luahkan..bukan apa..kadang-kadang rasa melampau sangat dengan karenah jiran disekeliling....

Mil tak kisah dengan aktiviti bola sepak..Bagus untuk kesihatan..tapi...kenalah hormat jiran disekeliling...

Mil pun tak salahkan budak-budak untuk bermain bola..Bagus untuk mereka ..semangat kesukanan sejak kecil ditanamkan di jiwa mereka...Cuma kesalnya, ibu bapa pun sama...

Budak-budak ini jadikan pagar rumah jiran sebagai tiang goal..tendang dengan kuat sesuka hati..sehinggalah masuk ke dalam pagar rumah jiran...

Ada yang terkena pasu..bumbung...mahupun cermin kereta jiran...Nasib baik tak de yang pecah lagi...malah si bapa join sekali bermain bola...Ni bukan padang bola..tp hanya jalan kecil untuk lalu-lalang kenderaan...dan dikelilingi rumah-rumah...

Jiran sekeliling yang lain malas nak tegur sebab nak jaga hati masing-masing...tak mau bermasam muka...atau mungkin ada yang tidak tahu..sbb tiada dirumah....

Kadang-kadang Mil mau je menjerit nak marah budak-budak ini sebab selamba je mereka main dalam pagar rumah jiran sesuka hati ketika jiran tiada...Kalau terkena cermin tingkap macam mana...tapi budak-budak ini hanya sekadar budak-budak yang dalam minda mereka untuk seronok je..Ibu bapa mereka lah yang kena main peranan membentuk diri budak-budak ini supaya hormat jiran mereka...Kalau kita nak dihormati orang, kita kena belajar untuk hormati orang lain juga...

Si bapa perlu bijak. Kalo dia faham apa itu konsep kejiranan. Sepatutnya dia kena fikirkan alternatif untuk budak-budak itu bermain bola. Sebenarnya ada sebuah padang luas yang boleh digunakan sebagai padang bola cuma perlu gotong-royong kena tebaskan lalang je...Pilihan sentiasa ada, cuma kita mahu atau tidak....itu sahaja....

Ntahlah..susah nak cakap..

Halalkah apa yang kita makan sehari?

Sekadar sebuah soalan untuk Mil berfikir sejenak...


"Halalkah apa yang kita makan seharian?????"

dah lama x update...

Dah 5 bulan Mil tak update blog ini. Bukan kerana malas tetapi kerana tiada cite yang menarik atau pelik untuk dikongsikan. Kehidupan Mil biasa je...pergi keje dan balik keje (Isnin - Jumaat)...Sabtu dan Ahad..lepak kat umah je..melangut layan astro...heheheh.

Nak cite ape ek?????
Mil suka layan blog orang lain je...mcm besh..banyak cite2 yang mereka kongsikan..tentang hobi, tentang keje, tentang famili, tentang anak..dan sebagainya...

Mil??????Ntahlah..nak kata kongsi pasai hobi..setau Mil...hobi Mil....'buat taik mata'..:-)..pasai cite lain.....ermm..x de pulak....

Nanti sambung lain hari...babai!!!!


Ahad, April 03, 2011

monday blues >> happy friday

Pernah tak, jadi macam ini?...Bila

HARI ISNIN...

tapi

Hari Jumaat...

Sekadar berkongsi...

Selasa, Februari 15, 2011

ASMA-UL-HUSNA

[Kredit:luqmannul88-youtube]

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Bulan Rabiul Awal dinanti dan diingati oleh setiap umat Islam kerana pada 12 Rabiul Awal adalah hari keputeraan/kelahiran Nabi Muhammad SAW.  Hari peringatan ini dikenali Maulidur Rasul yang disambut sebagai satu bentuk kesyukuran terhadap rahmat Allah yang telah mengutuskan seorang manusia ke dunia ini bagi merubah suasana dan kehidupan manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah berfirman di dalam Surah al-Anbiyaa' ayat 107, bermaksud

"Tidaklah Kami utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam."

Untuk menyatakan kecintaan kepada Rasulullah bukan sahaja dizahirkan dengan pujian dan sambutan, tetapi ia akan menjadi lebih bermakna sekiranya kecintaan itu dizahirkan dengan meneladani jejak langkah kehidupan baginda SAW dalam pelbagai ruang lingkup kehidupan seperti ibadah, kekeluargaan, masyarakat, sosial, politik dan sebagainya.

Secara kesimpulan, Maulidur Rasul disambut setiap tahun dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan lahirnya perasaan kasih sayang dan cinta pada Nabi Muhammad SAW yang ada dalam setiap sanubari umat Islam yang bukan sahaja memperingati tarikh keputeraan baginda malah turut mencontohi akhlak mulia Rasulullah.

Sekadar berkongsi:
Nabi Muhammad SAW, sabdanya "Orang yang kikir (kedekut) adalah orang yang ketika disebut namaku disisinya lalu tidak membaca selawat atas diriku." (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dll)


[Kredit:KhalifahAllah-youtube]

Tuhan Beri Aku Cinta - Ayushita

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini hampa...


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...
[Kredit:sensitro9-youtube]


**Sape yang pernah tengok cite Ketika Cinta Bertasbih..pasti pernah dengar lagu ini...malah teleprima Astro Prima - La Ikro Ha Fiddin pun ada lagu ini....Tangkap nangis...beb!!!


Isnin, Januari 03, 2011

You Are My Destiny

You Are My Destiny  - Paul Anka

You are my destiny
You share my reverie
You are my happiness
That's what you are

You have my sweet caress
You share my loneliness
You are my dream come true

That's what you are

Heaven and heaven alone
Can take your love from me
'Cause I'd be a fool
To ever leave you dear
And a fool I'd never be

You are my destiny
You share my reverie
You're more than life to me
That's what you are

You are my destiny
You share my reverie
You are my happiness

That's what you are


[Kredit:NewShiningStar-youtube]

Selasa, Disember 07, 2010

Awal Muharram

Hari ini sudah 1 Muharam 1432H. Bermulalah tahun baru hijrah...

Semoga kita semua berhijrah kepada minda dan sifat ....amal maakruf nahi mungkar....

Penyanyi: Al Ajiba
Tajuk Lirik Lagu: Maal Hijrah


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah


Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta


Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan


Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan


Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah


Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta


Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan


Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan


Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


Untuk Sepanjang Zaman....
[Kredit: www.lyric.my]


[Kredit: sekuntumcinta-youtube]

Jumaat, Oktober 29, 2010

Insha Allah by Maher Zain

Mil suka lagu ini...Liriknya cukup bermakna bagi diri Mil...

Sekadar berkongsi dan menjadi renungan bersama...


INSHA ALLAH - MAHER ZAIN

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
You'll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can't repent
And that it's way too late
Your're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
You'll find your way
Insha Allah x3
You'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3
We'll find the way
Insha Allah x3
We'll find the way


ps:TQ!

si unin buyut...

Si Unin Buyut..adalah nama timangan bagi seekor kucing yang sentiasa menjadi pengubat kesedihan, ke'tensen'an, kesakitan ...

Telatahnya yang sentiasa lucu..dengan perangai yang manja...selalu menjadi penghibur hati...

hanya untuk paparan sahaja


Masih terbayang-bayang dimata Mil, perangainya yang manja dan terngiang-ngiang di telinga 'meownya' untuk dimanjakan...

tinggal kenangan...
Tapi Si Unin Buyut hilang tanpa sebarang khabar berita...

Kini, hanya tinggal kenangan sahaja...Si Unin Buyut...

Rabu, Oktober 20, 2010

stressssss..............nyer...


Mula-mula macam ini...








Banyaknya kerja...Bertimbun-timbun...

Due date dah hampir...






Tapi tak siap lagi...error pulak...


kepala rasa macam nak cabut jer...






 Dah jadi tabiat baru pulak...


Bila keje nak tido sangat, bila tido teringat keje pulak





Lama-lama jadi macam ini


Rupa comei dah jadi macam alien pulak





Akhir sekali...hahahah....
ATAU pun...










ITULAH PENANGAN STRESS....JANGAN PANDANG SEBELAH MATA SAHAJA

Isnin, Oktober 04, 2010

sibuk...


Memang sibuk atau saja-saja buat sibuk....

Keje makin bertambah....tapi produktif makin menurun....

waaaaaaaaaaaaaaa.................


thanks...credit to the owner of this picture

Khamis, Ogos 12, 2010

bertukar ke template baru...

Akhirnya, Mil telah jumpa warna kesukaan untuk template blog Mil...Beshnya!!!

Mil tidaklah guna 100% template asal. Mil ubah sedikit mengikut citarasa sendiri. Sebenarnya, Mil teringin sangat nak buat template blog sendiri. Tapi masih tak reti lagi. Tengah belajar dan masih merangkak-rangkak.

Walauapapun, terima kasih pada yang design template ini. Bagi Mil, cantek bangat warnanya...

Ahad, Julai 11, 2010

kejapnya masa...

Dah lama Mil tidak hapdet sejak hujung bulan 3 yang lalu...

Erm...Nak hapdet kat opis, keje banyak nak kena siap...(maklumlaa keje ade dateline)..bila kat umah, dah balik letih, mandi-mandi terus g tido...
Hujung minggu lak, kalo tak layan tv...shopping (my favorite hobby, eheheh)...

Dah masuk bulan 7 pun....kejap je... Lagi beberapa minggu dah bulan posa..lepas itu raya...

Pejam celik...tup-tup-tup...abis 2010...masuklaa 2011

Kejap sungguh masa berlalu sekarang nie...

Rabu, Mac 31, 2010

mem'blog'....

Kadang-kadang seronok gak baca catatan lama sendiri...Macam old-timer pulak rasanya...Boleh tersenyum dan agak terkejut jugak ler...banyak luahan, catatan, artikel yang ditulis oleh Mil sendiri dalam blog ini.

Sebenarnya, Mil nie malas nak menulis. Dengan alasan tak de idea nak menulis apa!...Tgk member opis mem'blog' teringin pulak...Tue terus wujudnya blog duniamil...

Sesetengah orang anggap blog ini seperti diary...menulis luahan perasaan, medan melepaskan tekanan atau geram dan medium untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman...Dan bagi yang bijak...blog boleh dijadikan sebagai sebahagian menjana pendapatan..Wow!...

Bestkan?!...Sambil mem'blog' boleh dapat duit...Mil pun teringin...cuma buat masa ini, Mil tengah baca buku, ebook, artikel pasal buat duit dengan blog....
Kalau Mil dah khatam...Mil pun nak cuba laaaa...Mana tau....blh tambah pendapatan Mil....

Harap-harap gitu ler!!!!

Isnin, Mac 01, 2010

ros jepun...















Lebih dikenali sebagai Bunga Ros Jepun tetapi nama saintifiknya adalah Portulaca Grandiflora.

Bunga Ros Jepun adalah sejenis tumbuhan hiasan yang mempunyai bunga yang menarik dan penjagaannya yang mudah. Pelbagai warna bunga Ros Jepun antaranya; merah, merah jambu, kuning, oren, ungu dan putih. Bunga ini mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.

[Penerangan tentang Bunga Ros Jepun dari : http://www.melur.com]

Gambar bunga-bunga ini diambil kat taman bunga rumah Mil sendiri...Mil suka bunga jenis ini...Senang dijaga dan mudah tumbuh...Kalau pukul 10.00 pagi(waktu solat Dhuha) Mil perhati semua bunga berkembang cantik pada masa itu...

Ahad, Februari 21, 2010

sekadar coretan biasa dihujung minggu...

erm...benarkah kata-kata ini?!