Sabtu, November 14, 2009

lima faedah silaturrahim...

Silaturrahim...Apa maksudnya?

Sebelum Mil kongsikan faedah silaturrahim...jom kita fahami apa makna silaturrahim???

Silaturrahim secara hakikatnya adalah kesediaan para anggota keluarga untuk memberi kebaikan, sama ada kebaikan berupa fizikal seperti memberi bantuan makanan dan tempat tinggal atau kebaikan mental seperti memberi nasihat, memberi tunjuk ajar atau memberi wasiat tentang kesabaran.


Mil senaraikan lima faedah utama silaturrahim...
1 Silaturrahim akan membuat rezeki seseorang semakin bertambah dan dipanjangkan umurnya. Rasulullah pernah bersabda:
"Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan usianya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia menyambung silaturrahim." (H.R Bukhari)

Ahad, Ogos 09, 2009

solat duha sebagai roh rezeki

Dipetik dari Utusan Online (10/07/2009)

Oleh ZUARIDA MOHYIN


REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)