Isnin, November 16, 2009

aduhai! keretaku...

Bila je nak start, mesti kena cuba banyak kali...

Susah kalau selalu jadi macam ini...

Bila check dengan fomen, rupanya starter ada masalah...x boleh repair tapi kena ganti baru...

Dengar apa kerosakannya, Mil masih boleh terima lagi...Tapi bila dengar harganya boleh rentap jantung Mil rasanya.. harga hampir mencecah RM2,000. Itu tak termasuk service lagi. Campur semua mencecah RM3000 lebih (termasuk yuran pekerjanya)


Kalau tak baiki, lagi banyak masalah..tapi...

Erm...guna kereta 'continental' memang best...gaya sporty dan engine memang mantap..tapi bila masuk bab maintenance...boleh sakit kepala memikirnya....spare part memang mahal...tapi bila dah ganti sebenarnya berbaloi..sebab jarang meragam @ rosak lagi walaupun harganya mahal sungguh.

Cuma nak kongsi pengalaman, kalau nak guna kereta jenis ini, duit dalam tangan sekurang-kurangnya RM1,000 lebih. Itu pun hanya untuk service sahaja.

Oh ya..kembali pada cite kereta Mil, tangguh dulu. Kereta masih boleh start lagi...Tawakal sahaja...Mil berharap kalau masih ada alternatif lain..yang harganya murah...
sebab apa tangguh... emm..duit tak cukup lagi...huaaaaaaaaa!

Aduhai! kereta ku

Inilahnya rupa kereta Mil..sama tapi tak serupa

0 Comments: