Khamis, November 12, 2009

mengapa maklumat amat penting???

Kadang-kala kita sering terkeliru antara data dan maklumat. Kita mengganggap data dan maklumat memberi makna yang sama. Tapi sebenarnya, kedua-duanya berbeza. Jom jenguk apa yang dimaksudkan data, maklumat dan juga hirarki maklumat...
Kepentingan maklumat dari segi 3 aspek:
  1. Maklumat penting untuk membuat keputusan
  2. Maklumat adalah satu industri
  3. Maklumat adalah satu kuasa


Hirarki Maklumat

Berikut adalah contoh penjelasan berkaitan hirarki maklumat. Boleh dijadikan rujukan ringkas...

Contoh: Cuaca

Data : Data tentang cuaca dapat dilihat daripada taburan hujan, taburan suhu dan taburan kelembapan setiap hari selama beberapa tahun.
Data adalah bahan mentah iaitu butir-butir maklumat yang tidak mempunyai makna tersendiri. Data boleh berupa sesuatu fakta atau angka. Data tidak bersifat menilai, ia hanya menjelaskan.

Maklumat : Daripada taburan hujan, suhu dan kelembapan , ahli kaji cuaca boleh membuat suatu analisa bagi menentukan pola cuaca kita. Antara kesimpulan yang mungkin boleh dilakukan ialah seperti berikut:

- Musim hujan negara ini ialah antara bulan Oktober hingga Januari

- Musim kemarau bermula bulan Mei dan berakhir bulan Ogos
Maklumat adalah data yang tersusun dan dalam satu struktur tertentu. Ia mempunyai makna dan dapat difahami. Maklumat berpotensi mengubah tahap pengetahuan seseorang iaitu ia dapat menambah serta memantapkan lagi pengetahuan seseorang dalam suatu perkara ataupun bidang.

Pengetahuan : Berdasarkan pengetahuan daripada pelajaran geografi, kita boleh membuat kesimpulan bahawa jenis cuaca yang ada di Malaysia, adalah jenis iklim Khatulistiwa.
Pengetahuan adalah maklumat yang terkumpul dan disertakan dengan pengalaman dan intuisi atau gerak hati. Albert Einstein pernah berkata, ilmu pengetahuan hanya dapat dibentuk oleh pengalaman. Tanpa pengalaman, segala maklumat yang ada pada seseorang tidak akan terbentuk menjadi ilmu.

Kebijaksanaan : Dengan menggunakan kebijaksanaan, seseorang itu boleh membuat jangkaan tentang peristiwa masa hadapan dan seterusnya membuat persiapan dan perancangan sewajarnya. Misalnya jika ketahui musim hujan bermula bulan Oktober, maka beliau akan membuat persiapan untuk menghadapi musim hujan tersebut pada akhir bulan September.
Kebijaksanaan pula kemuncak ilmu pengetahuan yang sudah lama terkumpul dan dipraktikkan.

0 Comments: