Rabu, Mac 31, 2010
Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah
Khamis, Ogos 13, 2009
UJIAN - "Mampukah aku melaluinya?"
Setiap manusia sentiasa bermohon agar setiap doanya dimakbul oleh Allah. Berharap agar segala impian, kehendak atau cita-citanya dapat dipenuhi. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Setiap yang diminta oleh hamba-Nya, diperdengari oleh Allah. Allah memperkenankan dan makbulkan setiap doa hamba-Nya. Dan hamba-Nya akan berasa amat gembira kerana doanya telah dimakbulkan. Sehingga adakalanya hamba-Nya teralpa atau terlupa untuk rasa bersyukur kerana leka di atas keseronokan dan kegembiraan. Itu kisah doa dimakbulkan...
Tapi selagi kita bergelar manusia, selagi itu kita tidak akan lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah satu ujian..satu dugaan...satu cabaran untuk menguji kekuatan jiwa kita. Kita diuji dengan pelbagai bentuk atau cara yang berbeza. Setiap manusia di muka bumi ini menerima ujian yang berbeza-beza. Kita tidak dapat menjangka bentuk ujian yang akan kita hadapi. Kadang-kala ujian yang diberikan pada kita amat berat sehingga ada kalanya kita akan berasa amat malu, kecewa, sedih, tertekan, lemah seluruh anggota badan kita. Dan ada kalanya sehingga kita kehilangan sanak saudara, keluarga, sahabat-handai...dan yang paling teruk kita dipulaukan dan dicemuh.