Jumaat, Februari 05, 2010

sedihnya...

Hari nie Mil menjadi pendengar setia..mendengar luahan perasaan dari hati yang sedang berkecamuk...seolah-olah dia/mereka merasai diri tidak sepatut diperlakukan sebegitu...rasa tidak adil, terbeban atau teraniaya...

Nasihat Mil, banyak-banyaklah berdoa dan bersabar...Inilah rencah kehidupan...

Mil tak boleh komen banyak-banyak...sebab bukan Mil yang merasai ketidakpuasan hati...

Cuma Mil boleh cakap...berdoa lah dan bertawakal-lah...

Dengan doa, segala-galanya boleh berubah...

Ape sahaja yang kita nak buat mestilah berfikiran positif, sabar, tawakal, ikhlas...

khas untuk rakan-rakan Mil (termasuk diri sendiri juga)...

"Kalau kita terasa terbeban dengan tugasan keje yang sedia ada, minta lah bantuan pada rakan-rakan lain, masih ramai yang sudi untuk membantu tapi janganlah kita duk merungut-merungut atau mengadu domba seolah-olah semua keje yang ada tergalas pada bahu kita seorang sahaja...sebab kita patut bersyukur, kita masih ada tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang diberikan pada kita...dalam kata lain..kita sebenarnya seorang yang memang hebat!"

Rabu, Oktober 21, 2009

kejapnya masa berlalu...

Dah lama Mil tak mem'blog'..Sibuk dengan pelbagai urusan peribadi mahupun kerja. Malas pun ade..heheheh..

Pejam celik, lagi dua bulan..kita akan melangkah tahun 2010 dan mengucapkan selamat tinggal kepada 2009...

Begitu pantas masa berlalu...umpama sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam, sejam seperti seminit, seminit seperti sesaat dan sesaat seperti....emm apanya..?!

Khamis, Ogos 13, 2009

UJIAN - "Mampukah aku melaluinya?"

Setiap manusia sentiasa bermohon agar setiap doanya dimakbul oleh Allah. Berharap agar segala impian, kehendak atau cita-citanya dapat dipenuhi. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Setiap yang diminta oleh hamba-Nya, diperdengari oleh Allah. Allah memperkenankan dan makbulkan setiap doa hamba-Nya. Dan hamba-Nya akan berasa amat gembira kerana doanya telah dimakbulkan. Sehingga adakalanya hamba-Nya teralpa atau terlupa untuk rasa bersyukur kerana leka di atas keseronokan dan kegembiraan. Itu kisah doa dimakbulkan...


Tapi selagi kita bergelar manusia, selagi itu kita tidak akan lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah satu ujian..satu dugaan...satu cabaran untuk menguji kekuatan jiwa kita. Kita diuji dengan pelbagai bentuk atau cara yang berbeza. Setiap manusia di muka bumi ini menerima ujian yang berbeza-beza. Kita tidak dapat menjangka bentuk ujian yang akan kita hadapi. Kadang-kala ujian yang diberikan pada kita amat berat sehingga ada kalanya kita akan berasa amat malu, kecewa, sedih, tertekan, lemah seluruh anggota badan kita. Dan ada kalanya sehingga kita kehilangan sanak saudara, keluarga, sahabat-handai...dan yang paling teruk kita dipulaukan dan dicemuh.