Setiap manusia sentiasa bermohon agar setiap doanya dimakbul oleh Allah. Berharap agar segala impian, kehendak atau cita-citanya dapat dipenuhi. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Setiap yang diminta oleh hamba-Nya, diperdengari oleh Allah. Allah memperkenankan dan makbulkan setiap doa hamba-Nya. Dan hamba-Nya akan berasa amat gembira kerana doanya telah dimakbulkan. Sehingga adakalanya hamba-Nya teralpa atau terlupa untuk rasa bersyukur kerana leka di atas keseronokan dan kegembiraan. Itu kisah doa dimakbulkan...
Tapi selagi kita bergelar manusia, selagi itu kita tidak akan lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah satu ujian..satu dugaan...satu cabaran untuk menguji kekuatan jiwa kita. Kita diuji dengan pelbagai bentuk atau cara yang berbeza. Setiap manusia di muka bumi ini menerima ujian yang berbeza-beza. Kita tidak dapat menjangka bentuk ujian yang akan kita hadapi. Kadang-kala ujian yang diberikan pada kita amat berat sehingga ada kalanya kita akan berasa amat malu, kecewa, sedih, tertekan, lemah seluruh anggota badan kita. Dan ada kalanya sehingga kita kehilangan sanak saudara, keluarga, sahabat-handai...dan yang paling teruk kita dipulaukan dan dicemuh.
Pada masa itu, hati kita akan terdetik..."Mampukah aku melaluinya?"...Kuatkah aku untuk tempuhinya?" Hati akan memberontak...berasa kita berada dalam kesusahan yang amat...yang membuat kita terfikir, "bilakah ia akan berakhir?" Jangka masa untuk pengakhiran sesuatu ujian sukar untuk diramal...Pada mata pandangan manusia, mereka menjangka ujian yang dikenakan pada seseorang itu mungkin begitu berat...jalan keluar mungkin sudah berakhir...
Tapi...ujian yang diberikan pada kita setiap manusia...diuji mengikut kemampuan dan keupayaan diri masing-masing. Rahsia Allah tiada siapa yang ketahui. Yang pasti apa yang berlaku pada kita pasti ada hikmahnya. Sama ada ujian itu berat atau ringan...jalan keluar pasti ADA.
Sama ada dalam kesenangan atau kesusahan...semua itu adalah ujian semuanya.
Kalau yang senang, jangan lupa pada Allah...Bersyukur selalu...
Kalau yang dalam kesusahan, jangan putus harap. Kita kena sentiasa banyak bersabar dan juga sentiasa berdoa semoga Allah kuatkan hati kita dan iman kita untuk hadapi ujian tersebut. Sentiasalah bersyukur walaupun dalam keadaan kesusahan kerana ujian itu menandakan Allah ingat dan sayang pada kita.
Kalau yang dalam kekecewaan atau malu...jangan pilih jalan mudah...iaitu..Jalan Yang DiMURKAI ALLAH...Lagi kita malu..lagi kita sedih..lagi kita kecewa..lagi itulah kita sentiasa sujud dan berdoa banyak-banyak kepada Allah...
Perjalanan setiap ujian dalam hidup kita..pasti akan berakhir...Yang penting ....Sabar + Doa + Tawakal...
Susah macam mana pun, senang macam mana pun..Jangan Lupa Pada Allah...Solatlah selalu! Bersyukurlah selalu! Itu kisah ujian..dan...dugaan...
*Ini hanyalah sekadar daripada pengalaman dan luahan hati Mil...
1 Comment:
Catat Ulasan