Orang ramai telah mulai sedar dan prihatin dengan penularan wabak ini. Mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada dijangkiti wabak selesema atau H1N1. Selain digalakkan memakai penutup hidung dan mulut, pelbagai petua telah dicadangkan bagi mencegah daripada dijangkiti wabak ini iaitu makan buah-buahan Vitamin C seperti epal hijau, limau, buah kurma (tamar), minum susu, makan coklat, madu dan habbatus sauda. Bagi yang beragama Islam, kita sentiasa digalakkan dalam keadaan berwudhu.
Sumber : Utusan Malaysia Online 15 Ogos 2009
Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak dijangkiti penyakit selesema babi atau influenza A (H1N1) yang semakin serius, orang ramai yang semakin sedar tentang keperluan menggunakan penutup hidung dan mulut berebut-rebut membeli alat pelindungan tersebut. Namun kehabisan stok alat itu menyebabkan banyak pembeli berasa hampa dan kecewa. Difahamkan bekalan stok alat perlindungan di beberapa premis farmasi di ibu negara Kuala Lumpur terputus sejak beberapa hari lalu ekoran masalah untuk memperoleh bekalan itu daripada pembekal.
Mil galakkan setiap orang mengamalkan minum habbatus sauda setiap hari pagi dan petang. Habbatus sauda adalah penawar terbaik semua penyakit dan ia mempunyai antibodi yang tinggi. Nak tau lebih lanjut tentang habbatus sauda...TUNGGU...
Mungkin ramai dah mengetahui apakah itu wabak selesema atau Influenza A (H1N1). Mungkin ada yang segelintir belum pasti apakah H1N1, bagaimana ia berjangkit dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Mil kongsikan faktanya. Sumbernya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
