Ahad, Ogos 30, 2009

sepuluh amalan murah rezeki

Semua manusia berkehendakkan rezeki yang murah, luas dan mudah...malah yang diberkati Allah... Jom kita jenguk secara ringkas, 10 amalan murah rezeki yang boleh diikuti...

  • Taubat/Istighfar
  • Takwa
  • Beribadah kepada Allah
  • Merapatkan Silaturrahim
  • Berinfaq (Berbelanja) di Jalan Allah
  • Bersyukur
  • Tawakkal
  • Hijrah ke Jalan Allah
  • Memberi nafkah mereka yang menuntut ilmu syara'
  • Doa/Zikir & Membaca Al-Quran

Yang penting bagi setiap manusia adalah perlu Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal

Lakukanlah dengan seikhlas hati agar Allah merahmati hidup kita dan dimurahkan rezeki pada kita...Allah hu'alam...

Jumaat, Ogos 21, 2009

senarai semak amalan di bulan Ramadan

Alhamdulillah, Ramadan menjelang tiba...Bersyukurlah kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk berebut dan mencari serta mengumpul pahala sebanyak mungkin.

Berikut adalah senarai semak sempena amalan dibulan Ramadan..Boleh ikuti mengikut keselesaan dan keadaan semasa...(hanya sekadar satu cadangan sahaja)

  • Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan).
  • Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
  • Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
  • Solat Tarawikh 20 rakaat. (8 rakaat pun boleh juga)
  • Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

Rabu, Ogos 19, 2009

tambah waktu solat pada blog anda...

Anda boleh menambahkan widget waktu solat pada blog anda dengan cara:-

  • Pergi ke laman web http://www.e-solat.gov.my
  • Pada laman tersebut, pilih menu Source Code pada frame sebelah kiri
  • Anda boleh pilih salah satu template sama ada Template 1 atau Template 2
  • Sebagai contoh, sekiranya anda memilih Template 2;


[iframe src=http://www.e-solat.gov.my/solat-iframe.php?kod=KOD〈=LANG&url=URL&font=FONT&fontcolor=FONTCOLOR&bgcolor=BGCOLOR width=100% height=350 frameborder=0><"/iframe]


Jadi anda perlu gantikan : KOD, LANG, URL, FONT, FONTCOLOR dan BGCOLOR mengikut contoh kod yang telah diberikan dalam laman tersebut.

Hasilnya seperti ini:


[iframe src=http://www.e-solat.gov.my/solat-iframe.php?kod=sgr03=BM&url=http://www.islam.gov.my&font=Times New Roman&fontcolor=#FFFFFF&bgcolor= #261798 width=100% height=350 frameborder=0]

(kod sebenar boleh rujuk pada laman tersebut)

  • Kemudian, anda perlu memilih Add a Gadjet --> Html/Javascript. Salin kod source code di atas dan tampal pada ruang content yang telah disediakan. Anda boleh letakkan pada mana-mana bahagian / layout yang anda rasa sesuai
  • Klik butang Save
  • Anda pasti akan mendapat hasilnya.



Selamat Mencuba!

Sabtu, Ogos 15, 2009

H1N1 membimbangkan...

Kini, kita sudah maklum H1N1 sedang menular di negara kita...Sehingga hari ini, sudah lebih 50 orang meninggal dunia kerana telah dijangkiti oleh wabak selesema atau Influenza A (H1N1)...Ini adalah satu tahap yang amat membimbangkan. Malah, WHO anggar 5 juta rakyat Malaysia dijangkiti H1N1 jika abaikan kesihatan.

Orang ramai telah mulai sedar dan prihatin dengan penularan wabak ini. Mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada dijangkiti wabak selesema atau H1N1. Selain digalakkan memakai penutup hidung dan mulut, pelbagai petua telah dicadangkan bagi mencegah daripada dijangkiti wabak ini iaitu makan buah-buahan Vitamin C seperti epal hijau, limau, buah kurma (tamar), minum susu, makan coklat, madu dan habbatus sauda. Bagi yang beragama Islam, kita sentiasa digalakkan dalam keadaan berwudhu.


Sumber : Utusan Malaysia Online 15 Ogos 2009

Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak dijangkiti penyakit selesema babi atau influenza A (H1N1) yang semakin serius, orang ramai yang semakin sedar tentang keperluan menggunakan penutup hidung dan mulut berebut-rebut membeli alat pelindungan tersebut. Namun kehabisan stok alat itu menyebabkan banyak pembeli berasa hampa dan kecewa. Difahamkan bekalan stok alat perlindungan di beberapa premis farmasi di ibu negara Kuala Lumpur terputus sejak beberapa hari lalu ekoran masalah untuk memperoleh bekalan itu daripada pembekal.

Mil galakkan setiap orang mengamalkan minum habbatus sauda setiap hari pagi dan petang. Habbatus sauda adalah penawar terbaik semua penyakit dan ia mempunyai antibodi yang tinggi. Nak tau lebih lanjut tentang habbatus sauda...TUNGGU...

Mungkin ramai dah mengetahui apakah itu wabak selesema atau Influenza A (H1N1). Mungkin ada yang segelintir belum pasti apakah H1N1, bagaimana ia berjangkit dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Mil kongsikan faktanya. Sumbernya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Khamis, Ogos 13, 2009

trouble is a friend...

Mil suka lagu ini. First time, Mil dengar dekat salah satu chanel tv berbayar...promo movie..backgroundnya lagu ini...Macam sweet je rentak lagu ini. Kalau nak tau rentaknya macam mana, penyanyinya macam mana...boleh google guna tajuk lagu ini...Hanya sekadar berkongsi lirik lagu ini sahaja...


UJIAN - "Mampukah aku melaluinya?"

Setiap manusia sentiasa bermohon agar setiap doanya dimakbul oleh Allah. Berharap agar segala impian, kehendak atau cita-citanya dapat dipenuhi. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Setiap yang diminta oleh hamba-Nya, diperdengari oleh Allah. Allah memperkenankan dan makbulkan setiap doa hamba-Nya. Dan hamba-Nya akan berasa amat gembira kerana doanya telah dimakbulkan. Sehingga adakalanya hamba-Nya teralpa atau terlupa untuk rasa bersyukur kerana leka di atas keseronokan dan kegembiraan. Itu kisah doa dimakbulkan...


Tapi selagi kita bergelar manusia, selagi itu kita tidak akan lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah satu ujian..satu dugaan...satu cabaran untuk menguji kekuatan jiwa kita. Kita diuji dengan pelbagai bentuk atau cara yang berbeza. Setiap manusia di muka bumi ini menerima ujian yang berbeza-beza. Kita tidak dapat menjangka bentuk ujian yang akan kita hadapi. Kadang-kala ujian yang diberikan pada kita amat berat sehingga ada kalanya kita akan berasa amat malu, kecewa, sedih, tertekan, lemah seluruh anggota badan kita. Dan ada kalanya sehingga kita kehilangan sanak saudara, keluarga, sahabat-handai...dan yang paling teruk kita dipulaukan dan dicemuh.

Rabu, Ogos 12, 2009

7 petanda kebahagiaan dunia

Hanya sekadar panduan kita bersama, semoga kita mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Dari Ibnu Abbas r.a. ada tujuh petanda kebahagiaan dunia iaitu:
  1. Qalbun syakirun - hati yang selalu bersyukur
  2. Al azwaju shalihah - pasangan hidup yang soleh
  3. Al auladun abrar - anak yang soleh
  4. Albiatu sholihah - lingkungan yang kondusif untuk iman kita
  5. Al malul halal - harta yang halal
  6. Tafakur fi dien - semangat untuk memahami agama
  7. Umur yang barakah - umur yang semakin tua semakin soleh yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah

Selasa, Ogos 11, 2009

Persiapan Ramadan

Rejab sudah berlalu...Syabaan pun akan berlalu pergi tidak lama lagi dan Ramadan akan menjelang tiba... Tapi apakah persiapan kita untuk menyambut Ramadan? Adakah ia akan disambut se-'gah' seperti kita menyambut Hari Raya Aidilfitri? Sedangkan kita harus mengetahui bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan didatangi pula Malam Lailatulqadar.

Sebelum tibanya Ramadan, Mil mengajak diri ini dan sesiapa sahaja memperlengkapkan diri dan membuat persiapan untuk menyambut Ramadan. Semoga amalan di Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita kerana kita tidak tahu mungkin Ramadan ini adalah Ramadan yang terakhir untuk kita.

Ahad, Ogos 09, 2009

takwim hijrah

  1. Muharram
  2. Safar
  3. Rabiulawal
  4. Rabiulakhir
  5. Jamadilawal
  6. Jamadilakhir
  7. Rejab
  8. Syaaban
  9. Ramadhan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijjah

metafora kuih dalam sudut pandangan manusia

Katakanlah kita, sebagai contoh melihat kuih...kita boleh melihatnya dengan empat pandangan. Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita akan tahu apa nama kuih, warna dan bentuknya. Itu pandangan mata biasa.

Bagaimana pula jika kuih dipandang dengan pandangan akal? Ini adalah pandangan pakar pembuat kuih. Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan penelitian. Dengan itu, mereka mampu menganalisis. Pakar masakan ini mempunyai ilmu yang cukup untuk mengkaji apakah kesilapan (jika ada) dan ketepatan pembuatan kuih tersebut. Inilah pandangan akal berbanding pandangan mata biasa.

dressing... dah sembuh pun!

Mula-mula mil dengar pasai dressing nie, mil fikir sejenis pakaian kut...sebab 'dress' tapi rupanya kalau diterjemahkan maknanya pembalut/balutan.

Istilah Dressing amat popular digunakan dalam perubatan. Istilah biasa --> cucian luka + balutan. Dressing selalu dilakukan supaya luka yang telah dibedah perlu dicuci bersih agar tidak bernanah atau dijangkiti kuman. Sebab tak semua luka pembedahan dijahit. Kebanyakan dibiarkan ber'lubang' agar ia ditutup secara semulajadi. Cuba bayangkan ia berlubang...sehingga kita boleh nampak daging kita dan kadang-kala kita boleh nampak tulang kita sendiri. Bukankah ia amat mengerikan...??

Ada sesetengah klinik, jururawat yang akan membuat dressing dan adakala pembantu perubatan (lelaki) yang melakukannya. Lain orang lain caranya. Untuk dressing, antiseptik dan kapas akan digunakan. 'Luka' akan dibersihkan dan kalau yang jenis ber'lubang', akan dikorek dalam bagi memastikan 'lubang luka' bersih dan berdarah. Dengan alasan, 'luka' cepat sembuh. Pergh...pedih rasanya...

solat duha sebagai roh rezeki

Dipetik dari Utusan Online (10/07/2009)

Oleh ZUARIDA MOHYIN


REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)

jom bersedekah!

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita sendiri. Mungkin kita terlupa atau teralpa dalam mengejar kenikmatan hidup di dunia...kita sering tertinggal amalan yang mudah tapi besar ganjarannya. Antara amalan yang sering dituntut oleh Islam; iaitu bersedekah.


Pengertian Sedekah

Sedekah dalam pengertian bahasa adalah sesuatu yang diberikan. Sedekah dituntut kerana perbuatan ini menjadi bukti bahawa seorang hamba itu benar-benar menjadikan kehidupannya sebagai ibadah kepada Allah.


Imam al-Jurjani berkata: "Sedekah adalah suatu pemberian yang mengharapkan pahala dari Allah".


sedekah mengubati bisul

Diriwayatkan oleh Ali bin al-Hasan bin Syaqiq bahawa Ibnu al-Mubarak pernah ditanya oleh seorang lelaki: "Wahai Abu Abdul Rahman! (gelar Ibnu al-Mubarak) sudah tujuh tahun aku menahan sakit bisul yang ada dilututku ini. Aku sudah bertanya dengan ramai doktor, dan sudah pula bermacam ubat yang kucuba untuk menyembuhkannya, tapi penyakit ini tak kunjung sembuh.



Ibnu al-Mubarak menjawab: "Ketahuilah bahawa saat-saat ini orang-orang sedang memerlukan air (kerana musim kemarau), maka buatlah sebuah telaga yang boleh dimanfaatkan oleh mereka dan dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh. Lelaki itu bersegera membuat telaga untuk memenuhi keperluan orang ramai hingga akhirnya penyakit bisulnya pun menjadi sembuh.



Sebenarnya, banyak kisah yang boleh dijadikan teladan dan contoh berubat dengan sedekah untuk kita semua boleh ikuti. Tapi, mil hanya ambil satu contoh kisah berubat sakit bisul dengan sedekah.



Sedekah ini banyak faedahnya...Yang memberi dapat mengukuhkan lagi imannya, yg menerima dapat merasa manfaatnya. Oleh itu, bersedekahlah supaya setiap manusia di muka bumi ini dapat merasa faedah dan kebaikan bersama.

kencing manis (diabetes mellitus)

Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus antara penyakit kronik yang menyebabkan peningkatan gula (glukosa) dalam darah. Glukosa diperlukan oleh badan kita sebagai pemberi tenaga. Badan kita mendapat glukosa daripada pencernaan kanji (karbohidrat), buah-buahan atau gula. Glukosa yang diserap oleh usus akan diedarkan melalui sistem peredaran darah ke semua organ di dalam badan.

Proses penghantaran dan pengedaran glukosa ke setiap organ dibantu oleh hormon insulin yang dikeluarkan oleh pankreas. Hormon insulin membolehkan glukosa diserap oleh sel-sel. Proses ini akan terganggu apabila organ tertentu tidak bertindakbalas kepada hormon insulin atau pankreas tidak mengeluarkan insulin secukupnya. Ini mengakibatkan glukosa tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu dan seterusnya paras gula dalam badan akan meningkat.

gout

Pada mula-mula tapak kaki mil membengkak, mil terpk diserang sakit gout. Sebab mil beranggapan bila kaki membengkak, itu petanda penyakit gout. Tapi telahan mil silap. Itulah kalau kekurangan maklumat dan ilmu. kita akan membuat andaian sendiri.

Gout

Gout terjadi disebabkan terhasilnya asid urik secara berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dikenali purin. Tubuh kita membuang bahan kumuhan ini melalui urin. Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak.

Sabtu, Ogos 08, 2009

tekanan darah tinggi (hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah antara penyakit 'pembunuh senyap'. Penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala yang begitu serious pada pandangan mata kasar sesiapa. Tetapi kesannya amat besar sekiranya penyakit ini tidak diambil peduli.

Marilah kita jenguk2 apakah tekanan darah tinggi, gejala dan cara untuk mengawalnya...

Apakah tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi adalah satu situasi di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg sekurang-kurang tiga kali atau meningkat secara berterusan. Bagaimanapun, seseorang tidak diklasifikasikan sebagai pengidap tekanan darah tinggi jika bacaan tekanan darah melebihi paras biasa hanya sekali.

Penyakit tekanan darah tinggi berlaku apabila arteri atau dinding pembuluh darah menjadi keras dan menyukarkan darah untuk melaluinya. Akibatnya, tekanan darah meningkat dan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 mmHg atau lebih, ini bermakna anda berpotensi mengidap penyakit tekanan darah tinggi.

oh! tapak kaki kananku

Dah lama mil tak mengemaskinikan blog sejak bulan April '09 yang lalu.

Ketandusan idea + kesibukan keje = Malas...

Ermmm..macam mana nak mulakannye...

Nak dijadikan cite, pada pertengahan Jun '09 lalu, tapak kaki kanan mil merah menyala dan sakit dengan tetiba. Siang malam meraung kesakitan. Kesakitan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Nikmat makan, nikmat tidur, nikmat berjalan ditarik sementara oleh Allah untuk menguji kesabaran mil. Sesal pun ade...sebab mil lambat jumpa doktor. Jadi keadaan tapak kaki mil makin merah dan semakin membengkak. Makin hari terasa amat sakit sekali. Nak pijak lantai mmg dah tak terboleh langsung. Pada masa itu, terpk...'aku dapat sakit gout ke'??? Untuk puaskan hati, mil semak penyakit gout di Internet...Ternyata simptomnya, berbeza sekali...'Sakit apakah aku nie yer?!'

di mana bahagia?

Bahagia...semua manusia berkehendakkan dan berkeinginan untuk rasa perasaan bahagia...tapi untuk kita mencari dan memperolehi...???

Tapi di mana letaknya bahagia..yer??? Satu petikan kisah yang mil ambil dari sebuah majalah...

Di Mana Bahagia?

Seorang suami yang marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya: "Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu." Si isteri menjawab dengan tenang, "Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku."

Suami bertanya: "Mengapa aku tidak akan mampu melenyapkan kebahagiaanmu?"