Tiroid?! Pernah dengar? Pernah mengalami? Ermm...Agak-agaknya apa yer...
Apakah tiroid dan ahli-ahli keluarganya yang berkaitan..? Jom kita tanya pak google...
TIROID (THYROID)
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.[Wikipedia]
Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah. Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.
Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi merah atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki.
Hyperthyroidism
Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah. Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki, ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga. Tanda- tanda yang mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :
Hypothyroidism
Selera makan makin bertambah
Menggeletar jari tangan
Timbulnya perasaan marah
Penurunan berat badan
Berdebar-debar
Sering berpeluh
Terasa panas
Rambut gugur
Kerap membuang air besar
Sukar untuk tidur (insomnia)
Pusingan haid tidak teratur
Mata terjojol
Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan
Rawatan : Pengambilan ubat-ubatan, radioaktif iodin atau pembedahan
Hypothyroidism
Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah iaitu kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik atau hormon tiroid tidak dapat dihasilkan dengan secukupnya. Tanda-tanda penyakit ini ialah :
- Badan akan menjadi gemuk
- Badan sering merasa sejuk
- Malas
- Kuat tidur
- Ingatan terganggu
- Kaki membengkak
- Denyutan jantung perlahan
- Lembap
- Boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera
- Kurang tenaga
Beguk (Mumps)
Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar air liur (parotid). Kebengkakannya berlaku bermula dibelakang telinga sehingga ke dagu. Ia terjadi disebakan oleh virus Mumps. Tanda-tanda beguk ialah :Rawatan : Tiada ubat untuk membunuh virus tersebut. Hanya diberikan ubat untuk mengurangkan kesakitan dan kebengkakan sahaja.
- Demam
- Sakit kepala
- Sakit-sakit otot
- Bengkak kelenjar air liur
Bengkak Kelenjar Tiroid (Goiter)
Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong. Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan. Tanda-tanda goiter adalah :
- Pembengkakan kelenjar tiroid yang akan menyebabkan leher membengkak
- Rasa perit dikerongkong
- Batuk
- Suara menjadi parau/serak
- Sukar untuk menelan
- Sukar untuk menafas
Itulah kisah tiroid dan seangkatannya...
Setiap penyakit, ada ubatnya...
Tapi yang paling penting...mencegah lebih baik daripada merawat...
Biasakan diri mengisi perut dengan makanan/minuman secara sederhana (Dalam erti kata lain, berhenti makan/minum sebelum kenyang)
Setiap kali makan dikunyah sampai lumat sebelum telan (Bila ditelan, taklah tercekik)
Sebelum makan, baca Bismillah dan baca Alhamdulillah setiap kali menelan makanan
Biasakan kerja menggunakan otot-otot badan, bersenam, jogging, berenang sehingga badan berpeluh. Sekurang-kurang 20 minit sehari
Sentiasa beristighfar.
Kredit :
1. Website yang memberikan maklumat/gambar tentang penyakit-penyakit di atas
2. Majalah MILENIA
0 Comments:
Catat Ulasan