- Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaan -- perbelanjaan akan melebihi pendapatan
- Jika hutang lebih daripada apa yang boleh anda uruskan
- Anda hanya mampu membayar 5% setiap bulan bagi bil kad kredit
- Anda tiada tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga
- Anda mendapat panggilan yang kerap daripada peminta hutang
- Anda dihadapkan dengan surat saman/surat guaman meminta pembayaran balik bagi amaun tertunggak
Selasa, Disember 07, 2010
masalah kewangan?
luahan mil pada Selasa, Disember 07, 2010 0 komen
tag hutang, kewangan, kongsi-info, masalah
Awal Muharram
Hari ini sudah 1 Muharam 1432H. Bermulalah tahun baru hijrah...
Semoga kita semua berhijrah kepada minda dan sifat ....amal maakruf nahi mungkar....
Penyanyi: Al Ajiba
Tajuk Lirik Lagu: Maal Hijrah
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman....
[Kredit: www.lyric.my]
luahan mil pada Selasa, Disember 07, 2010 0 komen
tag maal hijrah, memoir, muharram
Rabu, November 24, 2010
virus dosa manusia...
Nafsunya tidak pernah puas dan kehendaknya tidak terbatas. Diri dan hatinya begitu seronok melakukan dosa dan keseronokan melakukan dosa itu menjadikannya pembela dan pejuang dosa yang dilakukannya. Tahap ini adalah kronik. Mempromosikan dosa sebagai sesuatu yang seronok, indah dan menguntungkan.
Awas, hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta.
Sabtu, November 06, 2010
ke arah optimis...?
Sikap anda melambangkan segala-galanya. Ia menunjukkan bagaimana anda melihat perkara-perkara di sekeliling anda, bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi, dan bagaimana anda berfikir mengenai hidup ini. Perbezaan antara sikap yang positif dan negatif boleh dianggapkan sebagai perbezaan antara kehidupan yang positif dan yang negatif.
Panduan berikut adalah ringkas dan sangat efektif. Amalkannya hari ini dan lihatlah perbezaannya serta merta.
1. Bangun Awal!
Bangun awal dan berjalan-jalan pada waktu pagi adalah cara yang sangat baik untuk memulakan hari anda. Lima belas atau dua puluh minit sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang segar.
2. Esok Adalah Hari Baru
Apabila perjalanan hidup anda menjadi sukar, ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik, tetapi yakinlah.
3. Kawal
Satu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari sesiapa untuk mengubahnya.
4. Rakan-rakan
Anda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi situasi yang negatif.
5. Pemakanan yang sihat
Anda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif, tanya diri anda, “Sudahkah saya makan hari ini?”
6. Tidur
Tidur yang cukup sama penting dengan pemakanan yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam.
7. Hobi Sebagai Penyelamat
Adalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah atau hari yang panjang dan meletihkan. Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang aktik dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari daripada kesibukan dan untuk berseronok.
8. Layan Orang Lain Dengan Baik
Memang benar, anda dapat apa yang anda berikan. Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama. Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan jadikan semangat memberi sebagai alasan anda memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.
9. Gambaran Yang Lebih Besar
Apabila anda melihat dunia ini secara keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa yang ada.
10. Cuba Sesuatu Yang Baru
Jika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda.
11. Bukti
Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai, ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda juga boleh.
12. Berhenti
Jika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar menjadi penghujung yang menggembirakan.
13. Anda Memerlukan Hari Yang Buruk
Tidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok.
14. Tuliskan
Inginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan. Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.
15. Bantuan
Sokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan memberitahu anda.
16. Jadi Si Optimis
Menjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur positif.
Gunakan panduan di atas, dan anda akan dapati diri anda berubah menjadi seorang optimis sebenar!
Bersikaplah opstimis sentiasa tapi jangan sesekali bersikap pesimis...
Selasa, November 02, 2010
delegation...
luahan mil pada Selasa, November 02, 2010 0 komen
tag authority, delegation, effective, kongsi-info
Jumaat, Oktober 29, 2010
Insha Allah by Maher Zain
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
You'll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can't repent
And that it's way too late
Your're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
You'll find your way
Insha Allah x3
You'll find your way
Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
We'll find the way
Insha Allah x3
We'll find the way
luahan mil pada Jumaat, Oktober 29, 2010 0 komen
tag insha Allah, maher zain, memoir
si unin buyut...
hanya untuk paparan sahaja |
Masih terbayang-bayang dimata Mil, perangainya yang manja dan terngiang-ngiang di telinga 'meownya' untuk dimanjakan...
luahan mil pada Jumaat, Oktober 29, 2010 0 komen
Rabu, Oktober 20, 2010
stressssss..............nyer...
Bila keje nak tido sangat, bila tido teringat keje pulak
ITULAH PENANGAN STRESS....JANGAN PANDANG SEBELAH MATA SAHAJA
Isnin, Oktober 04, 2010
Hadapilah ujian dengan sabar...
luahan mil pada Isnin, Oktober 04, 2010 0 komen
Tiroid dan seangkatannya...
Selera makan makin bertambah
Menggeletar jari tangan
Timbulnya perasaan marah
Penurunan berat badan
Berdebar-debar
Sering berpeluh
Terasa panas
Rambut gugur
Kerap membuang air besar
Sukar untuk tidur (insomnia)
Pusingan haid tidak teratur
Mata terjojol
Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan
Hypothyroidism
- Badan akan menjadi gemuk
- Badan sering merasa sejuk
- Malas
- Kuat tidur
- Ingatan terganggu
- Kaki membengkak
- Denyutan jantung perlahan
- Lembap
- Boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera
- Kurang tenaga
- Demam
- Sakit kepala
- Sakit-sakit otot
- Bengkak kelenjar air liur
- Pembengkakan kelenjar tiroid yang akan menyebabkan leher membengkak
- Rasa perit dikerongkong
- Batuk
- Suara menjadi parau/serak
- Sukar untuk menelan
- Sukar untuk menafas
Biasakan diri mengisi perut dengan makanan/minuman secara sederhana (Dalam erti kata lain, berhenti makan/minum sebelum kenyang)
Setiap kali makan dikunyah sampai lumat sebelum telan (Bila ditelan, taklah tercekik)
Sebelum makan, baca Bismillah dan baca Alhamdulillah setiap kali menelan makanan
Biasakan kerja menggunakan otot-otot badan, bersenam, jogging, berenang sehingga badan berpeluh. Sekurang-kurang 20 minit sehari
Sentiasa beristighfar.
luahan mil pada Isnin, Oktober 04, 2010 0 komen
tag beguk, goiter, hormon, hyperthyroidism, hypothyroidism, info-kesihatan, kelenjer tiroid, metabolisme, mumps, thyroid, tiroid
sibuk...
Memang sibuk atau saja-saja buat sibuk....
Keje makin bertambah....tapi produktif makin menurun....
waaaaaaaaaaaaaaa.................
luahan mil pada Isnin, Oktober 04, 2010 0 komen
tag memoir, produktiviti, sibuk
Khamis, Ogos 12, 2010
Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta
"Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini. Biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh. Aku juga inginkan lembu untuk dipelihara," kata Si Botak malu-malu.
Mula-mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak.
**Mil ambil kisah ini daripada Utusan Online (tarikh dah tak ingat pulak!). Cerita boleh dijadikan iktibar pada semua manusia di muka bumi ini.
Kita kenalah sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang dianugerahkan Allah pada kita. Jangan sombong dan angkuh...Kita tidak boleh selama-lamanya 'menongkah langit'...
Kisahnya simple je tapi pengajaran cukup bagus...Bukan hanya sekadar dibaca sahaja tetapi direnung untuk dijadikan teladan hidup...
luahan mil pada Khamis, Ogos 12, 2010 0 komen
tag muhasabah, pengajaran, renungan, si botak, si buta, si sopak, teladan, ternakan
bertukar ke template baru...
luahan mil pada Khamis, Ogos 12, 2010 0 komen
Ahad, Julai 11, 2010
kejapnya masa...
Erm...Nak hapdet kat opis, keje banyak nak kena siap...(maklumlaa keje ade dateline)..bila kat umah, dah balik letih, mandi-mandi terus g tido...
Hujung minggu lak, kalo tak layan tv...shopping (my favorite hobby, eheheh)...
Dah masuk bulan 7 pun....kejap je... Lagi beberapa minggu dah bulan posa..lepas itu raya...
Pejam celik...tup-tup-tup...abis 2010...masuklaa 2011
Kejap sungguh masa berlalu sekarang nie...
luahan mil pada Ahad, Julai 11, 2010 1 komen
Rabu, Mac 31, 2010
mem'blog'....
Sebenarnya, Mil nie malas nak menulis. Dengan alasan tak de idea nak menulis apa!...Tgk member opis mem'blog' teringin pulak...Tue terus wujudnya blog duniamil...
Harap-harap gitu ler!!!!
luahan mil pada Rabu, Mac 31, 2010 0 komen
Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah
Isnin, Mac 01, 2010
ros jepun...
Gambar bunga-bunga ini diambil kat taman bunga rumah Mil sendiri...Mil suka bunga jenis ini...Senang dijaga dan mudah tumbuh...Kalau pukul 10.00 pagi(waktu solat Dhuha) Mil perhati semua bunga berkembang cantik pada masa itu...
luahan mil pada Isnin, Mac 01, 2010 0 komen
7 golongan mendapat naungan Allah
Rasulullah berkata:
"Ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari Kiamat nanti.
- Pemerintah Yang Adil
Pemuda Yang Membesar Dalam Keadaan Sentiasa Taat Kepada Allah
- Orang Yang Selalu Ke Masjid
- Orang Yang Berkenalan Kerana Allah
- Orang Yang Menolak Zina Kerana Takutkan Allah
- Orang Yang Bersedekah Secara Sembunyi
- Orang Yang Bersendirian Mengingati Allah Hingga Berlinangan Air Matanya."
Adakah kita akan tergolong dalam salah satu daripada 7 golongan tersebut?
Fikir dan Renung-renungkanlah!
luahan mil pada Isnin, Mac 01, 2010 0 komen
tag muhasabah, naungan Allah
Ahad, Februari 28, 2010
Ya Nabi Salam Alaika...
Ya Nabi Salam ’Alaika
Ya Rasul Salam ’Alaika
Ya Habib Salam ’Alaika
Sholawatullah ’AlaikaAnta Syamsun Anta Badrun
Anta Nurun Fauqo Nuuri
Anta Iksirun Wagholi
Anta Misbahush ShuduriYa Habibi Muhammad
Ya ’Arusal Khofiqoini
Ya Muayyad Ya Mumajjad
Ya Imamal QiblatainiYa Habibi... Ya Muhammad....
Oleh: Haddad Alwi & Sulis
(Kami sayang padamu Ya Rasulullah)
(Kami rindu padamu Ya Rasulullah)
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Aku tinggalkan dua perkara untuk kamu yang menjadikan tidak sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu kitabullah (Al Quran) dan sunah rasulNya"
luahan mil pada Ahad, Februari 28, 2010 0 komen
Ahad, Februari 21, 2010
Jumaat, Februari 05, 2010
sedihnya...
Nasihat Mil, banyak-banyaklah berdoa dan bersabar...Inilah rencah kehidupan...
Mil tak boleh komen banyak-banyak...sebab bukan Mil yang merasai ketidakpuasan hati...
Cuma Mil boleh cakap...berdoa lah dan bertawakal-lah...
Dengan doa, segala-galanya boleh berubah...
Ape sahaja yang kita nak buat mestilah berfikiran positif, sabar, tawakal, ikhlas...
khas untuk rakan-rakan Mil (termasuk diri sendiri juga)...
"Kalau kita terasa terbeban dengan tugasan keje yang sedia ada, minta lah bantuan pada rakan-rakan lain, masih ramai yang sudi untuk membantu tapi janganlah kita duk merungut-merungut atau mengadu domba seolah-olah semua keje yang ada tergalas pada bahu kita seorang sahaja...sebab kita patut bersyukur, kita masih ada tanggungjawab, amanah dan kepercayaan yang diberikan pada kita...dalam kata lain..kita sebenarnya seorang yang memang hebat!"
Khamis, Februari 04, 2010
ini bulan ke-2 2010...
Macam mana dengan azam tahun ini, masih lagi bersemangat ke untuk mencapainya atau sudah jadi hangat-hangat tahi ayam?!
Perancangan sepanjang tahun masih lagi banyak untuk dirancangkan, disediakan dan dilaksanakan...
Jadi...buatlah yang terbaik untuk diri sendiri...tak kiralah sama ada perancangan kewangan ke, kerjaya ke, peribadi ke...
Yang paling penting, sesibuk mana pun...bila tiba waktu solat jangan lupa kerjakannya...(peringatan untuk diri sendiri)
luahan mil pada Khamis, Februari 04, 2010 0 komen
Khamis, Januari 21, 2010
Isnin, Januari 18, 2010
mana satu pilihan anda?
Dipetik daripada Kosmo Online [060110]
Rangkaian jalur lebar (broadband) sudah menjadi satu keperluan bagi setiap individu. Apatah zaman kini adalah zaman maklumat (information age)... Oleh itu...
luahan mil pada Isnin, Januari 18, 2010 2 komen
01.01.10
emm...biasalah manusia...tak kan lari daripada memberi alasan...
Hanya sebagai pembuka bicara bagi tahun 2010...untuk ingatan diri sendiri...
"Pernah tak kita merungut, yang apa kita terima tidak setimpal dengan yang sepatutnya kita terima?"
TAPI...!!!
"Pernah tak kita berfikir, yang apa kita beri tidak setimpal dengan yang sepatutnya kita beri?"
Renung-renungkanlah!!!
luahan mil pada Isnin, Januari 18, 2010 0 komen
tag memoir, renungan, tahun baru