Isnin, Mac 01, 2010

ros jepun...















Lebih dikenali sebagai Bunga Ros Jepun tetapi nama saintifiknya adalah Portulaca Grandiflora.

Bunga Ros Jepun adalah sejenis tumbuhan hiasan yang mempunyai bunga yang menarik dan penjagaannya yang mudah. Pelbagai warna bunga Ros Jepun antaranya; merah, merah jambu, kuning, oren, ungu dan putih. Bunga ini mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.

[Penerangan tentang Bunga Ros Jepun dari : http://www.melur.com]

Gambar bunga-bunga ini diambil kat taman bunga rumah Mil sendiri...Mil suka bunga jenis ini...Senang dijaga dan mudah tumbuh...Kalau pukul 10.00 pagi(waktu solat Dhuha) Mil perhati semua bunga berkembang cantik pada masa itu...

0 Comments: