Rabu, November 24, 2010

virus dosa manusia...

Petikan daripada Newsletter Majalah Solusi yang diemelkan ke inbox Mil...Bagus untuk muhasabah diri...

Empat Virus Dosa Di Hati Manusia
Hanya sekadar hiasan sahaja
 
1. Rasa Bersalah Dengan Dosa
Apabila pertama kali membuat dosa, hatinya diulit kesalan yang amat sangat dan diburu rasa bersalah. Jiwanya resah kerana telah melakukan sesuatu yang menentang fitrah semulajadi manusia yang pada fitrahnya amat suka melakukan kebaikan.

2. Rasa Biasa Dengan Dosa
Rasa berdosanya tidak kekal lama apabila dosa yang sama diulang buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Rasa bersalah tidak datang lagi pada tahap ini. Ia hilang sedikit demi sedikit.

3. Rasa Seronok Dengan Dosa
Pada tahap ini, manusia sentiasa mengintai peluang untuk melakukan dosa. Diri dan hati seronok dan rasa indah dengan dosa. Tiada lagi rasa bersalah.

4. Jadi Pembela Kepada Dosa
Nafsunya tidak pernah puas dan kehendaknya tidak terbatas. Diri dan hatinya begitu seronok melakukan dosa dan keseronokan melakukan dosa itu menjadikannya pembela dan pejuang dosa yang dilakukannya. Tahap ini adalah kronik. Mempromosikan dosa sebagai sesuatu yang seronok, indah dan menguntungkan.

Awas, hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta.
Allah berfirman yang bermaksud, “Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya.” (Surah al-Isra’ 17:72)

Menjadi renungan bersama....

TQ - Shamsul Rizal (Majalah Solusi)

0 Comments: