Dah lama Mil nak tulis pasai ini. Berbulan-bulan rasa terbuku di hati...Tapi baru hari ini nak luahkan..bukan apa..kadang-kadang rasa melampau sangat dengan karenah jiran disekeliling....
Mil tak kisah dengan aktiviti bola sepak..Bagus untuk kesihatan..tapi...kenalah hormat jiran disekeliling...
Mil pun tak salahkan budak-budak untuk bermain bola..Bagus untuk mereka ..semangat kesukanan sejak kecil ditanamkan di jiwa mereka...Cuma kesalnya, ibu bapa pun sama...
Budak-budak ini jadikan pagar rumah jiran sebagai tiang goal..tendang dengan kuat sesuka hati..sehinggalah masuk ke dalam pagar rumah jiran...
Ada yang terkena pasu..bumbung...mahupun cermin kereta jiran...Nasib baik tak de yang pecah lagi...malah si bapa join sekali bermain bola...Ni bukan padang bola..tp hanya jalan kecil untuk lalu-lalang kenderaan...dan dikelilingi rumah-rumah...
Jiran sekeliling yang lain malas nak tegur sebab nak jaga hati masing-masing...tak mau bermasam muka...atau mungkin ada yang tidak tahu..sbb tiada dirumah....
Kadang-kadang Mil mau je menjerit nak marah budak-budak ini sebab selamba je mereka main dalam pagar rumah jiran sesuka hati ketika jiran tiada...Kalau terkena cermin tingkap macam mana...tapi budak-budak ini hanya sekadar budak-budak yang dalam minda mereka untuk seronok je..Ibu bapa mereka lah yang kena main peranan membentuk diri budak-budak ini supaya hormat jiran mereka...Kalau kita nak dihormati orang, kita kena belajar untuk hormati orang lain juga...
Si bapa perlu bijak. Kalo dia faham apa itu konsep kejiranan. Sepatutnya dia kena fikirkan alternatif untuk budak-budak itu bermain bola. Sebenarnya ada sebuah padang luas yang boleh digunakan sebagai padang bola cuma perlu gotong-royong kena tebaskan lalang je...Pilihan sentiasa ada, cuma kita mahu atau tidak....itu sahaja....
Ntahlah..susah nak cakap..
0 Comments:
Catat Ulasan