Selasa, Februari 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Bulan Rabiul Awal dinanti dan diingati oleh setiap umat Islam kerana pada 12 Rabiul Awal adalah hari keputeraan/kelahiran Nabi Muhammad SAW.  Hari peringatan ini dikenali Maulidur Rasul yang disambut sebagai satu bentuk kesyukuran terhadap rahmat Allah yang telah mengutuskan seorang manusia ke dunia ini bagi merubah suasana dan kehidupan manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah berfirman di dalam Surah al-Anbiyaa' ayat 107, bermaksud

"Tidaklah Kami utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam."

Untuk menyatakan kecintaan kepada Rasulullah bukan sahaja dizahirkan dengan pujian dan sambutan, tetapi ia akan menjadi lebih bermakna sekiranya kecintaan itu dizahirkan dengan meneladani jejak langkah kehidupan baginda SAW dalam pelbagai ruang lingkup kehidupan seperti ibadah, kekeluargaan, masyarakat, sosial, politik dan sebagainya.

Secara kesimpulan, Maulidur Rasul disambut setiap tahun dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan lahirnya perasaan kasih sayang dan cinta pada Nabi Muhammad SAW yang ada dalam setiap sanubari umat Islam yang bukan sahaja memperingati tarikh keputeraan baginda malah turut mencontohi akhlak mulia Rasulullah.

Sekadar berkongsi:
Nabi Muhammad SAW, sabdanya "Orang yang kikir (kedekut) adalah orang yang ketika disebut namaku disisinya lalu tidak membaca selawat atas diriku." (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dll)


[Kredit:KhalifahAllah-youtube]

0 Comments: