Rabu, Mac 31, 2010

mem'blog'....

Kadang-kadang seronok gak baca catatan lama sendiri...Macam old-timer pulak rasanya...Boleh tersenyum dan agak terkejut jugak ler...banyak luahan, catatan, artikel yang ditulis oleh Mil sendiri dalam blog ini.

Sebenarnya, Mil nie malas nak menulis. Dengan alasan tak de idea nak menulis apa!...Tgk member opis mem'blog' teringin pulak...Tue terus wujudnya blog duniamil...

Sesetengah orang anggap blog ini seperti diary...menulis luahan perasaan, medan melepaskan tekanan atau geram dan medium untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman...Dan bagi yang bijak...blog boleh dijadikan sebagai sebahagian menjana pendapatan..Wow!...

Bestkan?!...Sambil mem'blog' boleh dapat duit...Mil pun teringin...cuma buat masa ini, Mil tengah baca buku, ebook, artikel pasal buat duit dengan blog....
Kalau Mil dah khatam...Mil pun nak cuba laaaa...Mana tau....blh tambah pendapatan Mil....

Harap-harap gitu ler!!!!

Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah

Mil tertarik satu artikel yang Mil baca daripada ILUVISLAM. Mil nak kongsikan dengan semua pembaca di luar sana....
Mil berpesan pada diri Mil sendiri dan pada anda semua...artikel ini bukan hanya sekadar untuk tatapan sahaja tetapi jadikan intipati artikel sebagai amalan seharian kita...
Pertama:
Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
Kedua:
Membaca al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah indahnya, sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat dan membaca al-Quran dengan penuh pemahaman.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun. langkahkan kaki ke masjid kerana masjid pusat keberkahan.
Keempat:
Jaga solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam:
Jaga wudhu' terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap hari. Dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Isnin, Mac 01, 2010

ros jepun...















Lebih dikenali sebagai Bunga Ros Jepun tetapi nama saintifiknya adalah Portulaca Grandiflora.

Bunga Ros Jepun adalah sejenis tumbuhan hiasan yang mempunyai bunga yang menarik dan penjagaannya yang mudah. Pelbagai warna bunga Ros Jepun antaranya; merah, merah jambu, kuning, oren, ungu dan putih. Bunga ini mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi.

[Penerangan tentang Bunga Ros Jepun dari : http://www.melur.com]

Gambar bunga-bunga ini diambil kat taman bunga rumah Mil sendiri...Mil suka bunga jenis ini...Senang dijaga dan mudah tumbuh...Kalau pukul 10.00 pagi(waktu solat Dhuha) Mil perhati semua bunga berkembang cantik pada masa itu...

7 golongan mendapat naungan Allah

Rasulullah berkata:

"Ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari Kiamat nanti.

  1. Pemerintah Yang Adil
  2. Pemuda Yang Membesar Dalam Keadaan Sentiasa Taat Kepada Allah

  3. Orang Yang Selalu Ke Masjid

  4. Orang Yang Berkenalan Kerana Allah

  5. Orang Yang Menolak Zina Kerana Takutkan Allah

  6. Orang Yang Bersedekah Secara Sembunyi

  7. Orang Yang Bersendirian Mengingati Allah Hingga Berlinangan Air Matanya."
(Riwayat oleh Bukhari)


Adakah kita akan tergolong dalam salah satu daripada 7 golongan tersebut?

Fikir dan Renung-renungkanlah!