Ahad, Oktober 02, 2011

Hormat Jiran


Dah lama Mil nak tulis pasai ini. Berbulan-bulan rasa terbuku di hati...Tapi baru hari ini nak luahkan..bukan apa..kadang-kadang rasa melampau sangat dengan karenah jiran disekeliling....

Mil tak kisah dengan aktiviti bola sepak..Bagus untuk kesihatan..tapi...kenalah hormat jiran disekeliling...

Mil pun tak salahkan budak-budak untuk bermain bola..Bagus untuk mereka ..semangat kesukanan sejak kecil ditanamkan di jiwa mereka...Cuma kesalnya, ibu bapa pun sama...

Budak-budak ini jadikan pagar rumah jiran sebagai tiang goal..tendang dengan kuat sesuka hati..sehinggalah masuk ke dalam pagar rumah jiran...

Ada yang terkena pasu..bumbung...mahupun cermin kereta jiran...Nasib baik tak de yang pecah lagi...malah si bapa join sekali bermain bola...Ni bukan padang bola..tp hanya jalan kecil untuk lalu-lalang kenderaan...dan dikelilingi rumah-rumah...

Jiran sekeliling yang lain malas nak tegur sebab nak jaga hati masing-masing...tak mau bermasam muka...atau mungkin ada yang tidak tahu..sbb tiada dirumah....

Kadang-kadang Mil mau je menjerit nak marah budak-budak ini sebab selamba je mereka main dalam pagar rumah jiran sesuka hati ketika jiran tiada...Kalau terkena cermin tingkap macam mana...tapi budak-budak ini hanya sekadar budak-budak yang dalam minda mereka untuk seronok je..Ibu bapa mereka lah yang kena main peranan membentuk diri budak-budak ini supaya hormat jiran mereka...Kalau kita nak dihormati orang, kita kena belajar untuk hormati orang lain juga...

Si bapa perlu bijak. Kalo dia faham apa itu konsep kejiranan. Sepatutnya dia kena fikirkan alternatif untuk budak-budak itu bermain bola. Sebenarnya ada sebuah padang luas yang boleh digunakan sebagai padang bola cuma perlu gotong-royong kena tebaskan lalang je...Pilihan sentiasa ada, cuma kita mahu atau tidak....itu sahaja....

Ntahlah..susah nak cakap..

Halalkah apa yang kita makan sehari?

Sekadar sebuah soalan untuk Mil berfikir sejenak...


"Halalkah apa yang kita makan seharian?????"

dah lama x update...

Dah 5 bulan Mil tak update blog ini. Bukan kerana malas tetapi kerana tiada cite yang menarik atau pelik untuk dikongsikan. Kehidupan Mil biasa je...pergi keje dan balik keje (Isnin - Jumaat)...Sabtu dan Ahad..lepak kat umah je..melangut layan astro...heheheh.

Nak cite ape ek?????
Mil suka layan blog orang lain je...mcm besh..banyak cite2 yang mereka kongsikan..tentang hobi, tentang keje, tentang famili, tentang anak..dan sebagainya...

Mil??????Ntahlah..nak kata kongsi pasai hobi..setau Mil...hobi Mil....'buat taik mata'..:-)..pasai cite lain.....ermm..x de pulak....

Nanti sambung lain hari...babai!!!!


Sedekah Kepada Kucing

Sedekah bukan sahaja berbentuk wang harta benda, bukan sahaja kepada manusia sahaja malah, sedekah boleh dalam pelbagai bentuk dan kepada sesiapa sahaja yang bergelar makhluk Allah..erm...dgn kucing pun kita boleh bagi sedekah...

Syaikh Abdul Hadi adalah seorang imam di sebuah masjid di Syria. Pada suatu hari, anaknya jatuh sakit. Sudah puas dia mencari pelbagai ubat mahupun penawar tetapi masih juga tidak sembuh. Hatinya sedih kerana dia seperti orang lain yang amat menyayangi anaknya itu.

Sudah puas dia memikirkan apa yang patut dilakukan tetapi pada masa sama meneruskan solatnya. Ketika dia ingin mengambil wuduk, dia teringat...

Firman Allah,
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat",  

 al-Baqarah, ayat 45

Rasulullah bersabda,
"Ubatlah orang sakit di antara kalian dengan bersedekah"

Syaikh Abdul Hadi termenung dan timbul pertanyaan kepada siapa beliau harus bersedekah pada lewat malam? Siapa yang akan menerima sedekahnya? Tanpa diduga, Allah mengirim jawapan apabila Syaikh Abdul Hadi mendengar suara kucing kelaparan. Dia segera pulang ke rumah mendapatkan sekeping daging. Bukankah menolong haiwan juga sedekah? Dia memberi daging itu pada kucing yang lapar tadi.

Apabila pulang ke rumah, isterinya bercerita "ketika anaknya yang tidak sihat itu berada dalam gendongannya, tiba-tiba seekor burung besar berwarna hitam datang dari arah langit untuk menyambarnya. Saya terus memeluknya tanpa berfikir panjang apa yang patut dilakukan. Namun, secara tiba-tiba datang seekor kucing yang menerkam. Burung itu terbang lari."

Syaikh Abdul Hadi tersenyum gembira. Keesokannya dengan izin Allah, anaknya sihat dan mula boleh bermain-main bersama kawannya. Itu tentunya berkat sedekah kepada kucing.


p/s: Itulah hikmah kalau kita sentiasa bersedekah....Banyak ganjaran dan pahala daripada sedekah ini...