Ahad, September 06, 2009

amalan menjauhkan kesusahan hidup

Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri kita...mencari apa yang silap atau kekurangan dalam diri kita terutama ibadah kita seharian.. Antara amalan yang digalakkan untuk menjauhkan kesusahan hidup :

  • Solat Subuh pada waktunya
  • Melaksanakan Solat Sunat Dhuha dan membaca Surah Ad-Dhuha
  • Membaca Surah al-Waqi'ah

Insya Allah, kehidupan akan diberkati dan diberikan pertolongan dari Allah. Yang penting sekali, ditambahkan rezeki yang halal dengan cara tidak terfikir!


(Dipetik dari Apakah Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup)

ramadan...pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup...

Hadis Nabi Muhammad menyatakan kelebihan Ramadan...

"Apabila tiba bulan Ramadan, segala pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan diikat segala syaitan."

(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)



Nabi Muhammad berkata,

"Permulaan rahmat, pertengahan keampunan dan penutupnya dimerdekakan daripada api neraka."

penyebab penyakit lupa

Penyakit lupa sering menyerang orang yang telah berusia. Namun, orang muda juga tidak terkecuali. Pemerhatian orang-orang soleh mendapati bahawa ada beberapa penyebab penyakit lupa:



-PUNCA LUPA-

  • Makan makanan dan minuman yang telah dimasuki serangga
  • Makan kepala ikan
  • Makan organ dalaman binatang
  • Makan epal masam
  • Membaca tulisan di atas batu nisan di tanah perkuburan
  • Sering melihat kemaluan, termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab
  • Melihat najis ketika buang air besar

wallahu 'alam

fungsi otak kanan & kiri


Jom tinjau fungsi otak kanan dan otak kiri...


...setiap butir pasir tersembunyi di sebaliknya hikmah..."

Hanya sekadar berkongsi sebuah kisah yang Mil ambil dari sebuah buku motivasi diri. Mungkin ada yang pernah terbaca atau terdengar kisah ini. Jom kita hayati kisah ini...

Pada zaman dahulu terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil. Rakyat di dalam negeri dan negeri-negeri jajahannya hidup dalam keadaan aman lagi makmur. Rahsia di sebalik semua ini adalah kerana raja mempunyai seorang bendahara yang merupakan penasihat yang baik. Apa yang istimewa pada bendahara ini ialah, setiap kali menyelesaikan masalah rakyat, dia akan berpesan bahawa segala sesuatu itu mengandungi hikmah yang tersembunyi. Perkara ini dimaklumi oleh mereka yang bekerja rapat dengannya.

Pada suatu hari, raja bermain pedang dengan adindanya. Dalam perlawanan itu, adinda raja menghayun pedang dan terkena pada betis raja sehingga mengakibatkan luka yang sangat dalam dan darah mengalir membasahi ruang. Raja diusung dan dirawat dengan sebaik-baiknya. Raja berada sangat gusar akan niat yang terpendam dalam diri adindanya. Bagi merungkai persoalan ini, raja telah memanggil bendaharanya untuk menghadap.