Rabu, November 28, 2012

Teka-teki Imam Al-Ghazali

Sekadar perkongsian demi kebaikan...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau memberikan beberapa pertanyaan yang unik.

Imam Ghazali= Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negeri Cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang
Iman Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Iman Ghazali = Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang
Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"




Ahad, Februari 05, 2012

Lau Kana Bainana al Habib - لو كان بيننا الحبيب

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


يا رَبِّي قَدْ غَفِلْنَا وَكُلُّناَ طَمْعٌ
فِيْ عَفْوٍ وَفِيْ كَرَمٍ وَفِيْ أَعْتَاقٍ
وَجَنَّةٍ مَعَ سَيِّدِ الْبَشَرْ
نَدْعُوْك..نَدْعُوْكَ رَبِّيْ مِنَ الْأَعْمَاقِ



لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْب
مِنْ طَيِّبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْب
طَالِباً قُرْبَ الحَبِيْب

بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيْب
وَتَدْعُوا الله فَيُجِيْب
أَنْوَارُ طَهَ لاَ تَغِيْب
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيْب

هُدَاكَ الْكَوْنُ الرَّحِيْب
رَحْمَةَ الهَادِيْ الْقَرِيْب
حَدِيْثُكَ النَّهْرُ الْعَذِيْب
جِوَارُكَ الْغُصْنُ الرَّطِيْب

فَدَتْكَ رُوْحِيْ يَا حَبِيْب
محمدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيْب
بِقُرْبِكَ الرُّوْحُ تَطِيْب
ياَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْن

يَا حَبِيْبِيْ ياَ مُحَمَّدْ
يَا طَبِيْبِيْ يَا مُمَجَّدْ
أَنْتَ ذُوالْفَضْلِ الْمُؤَيَّدْ
جَلَّ مَنْ صَلَّى عَلَيْك


Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra.  dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia  telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga  bersama-sama aku!

Rabu, Januari 18, 2012

tekanan@stress - Part 3

Sape kata tekanan@stress tidak boleh dirawati.....

Mil senaraikan kaedah-kaedah untuk menangani tekanan@stress secara umum:
a. Merehatkan tubuh badan dan minda
b. Meluahkan perasaan
c. Berfikiran positif
d. Bersukan/bersenam/beriadah

Tetapi...sebaik-baiknya...
a. Tawakal kepada Allah - Bergantung sepenuhnya kepada Allah
b. Sabar Separuh Daripada Iman
c. Bersyukur dan tawadduk
d. Hindari kesedihan yang melampau
e. Jangan berputus asa
f. Ingat! Dunia hanya sementara, ujian sentiasa akan mendatang
g. Bertaubatlah!
h. Jom zikir selalu
i. Doa adalah senjata mukmin

Kesimpulan:

Hidup ini memang banyak dugaan dan ujian. Kalau kita asyik melayan je, apa keje memang tak boleh buat. Setiap orang pasti akan menghadapi tekanan@stress termasuk Mil sendiri. Namun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, setiap sakit pasti ada ubatnya melainkan maut sahaja....

Mil ingat kata seseorang yang begitu rapat dengan Mil...."kalau kita berfikir sesuatu penyelesaian dan berdoa, pasti Allah akan tunjuk pada kita jalan keluar untuk masalah tersebut"...

Jadi, anggap tekanan@stress adalah rencah dalam kehidupan. Jangan tunduk padanya. Kuatkan semangat dan berfikiran positif serta berdoa kepada Allah...nescaya tekanan@stress atau apa sahaja bala bencana pasti akan berakhir.

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya-Ku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku"

Sabtu, Januari 07, 2012

tekanan@stress - Part 2

kemurungan yang boleh me'makan' diri
Tekanan@stress bukan untuk dihapus tetapi perlu diurus. Sebenarnya, stress dapat membantu seseorang menjadi lebih berkualiti dan produktif. Tetapi ia bergantung kepada persepsi individu tersebut. Jika ia menganggap tekanan@stress adalah satu bala, maka stress itu akan menjadi satu 'penyakit' yang merbahaya kepadanya. Namun, jika ia menganggap tekanan@stress adalah satu cabaran, satu motivasi padanya, berlainanlah pula jadinya...mungkin ia akan berusaha ke arah lebih baik. Kesimpulannya, tekanan@stress boleh dianalogikan sebagai sebuah pisau yang tajam...bergantung kepada siapa yang memegangnya...sama ia boleh dijadikan sebagai alat memotong yang berguna atau yang boleh membunuhnya.

Jom kita lihat tekanan@stress daripada perspektif yang positif:
  • Stress - takut gagal menyebabkan kita berusaha dengan lebih gigih dan bijak
  • Stress - kerana jahil menyebabkan seseorang itu sentiasa berusaha menimba ilmu
  • Stress - merasakan diri berdosa mendorongkan seseorang itu sentiasa bertaubat bersungguh-sungguh
  • Stress - kerana ada risiko kesihatan menyebabkan seseorang berusaha menjaga pemakanan, senaman dan pelbagai kaedah penyembuhan
Siapa kata, stress hanya memberikan kesan negatif...sebenarnya banyak kebaikan dengan adanya tekanan@stress cuma kita kena bijak mengatasinya..itu sahaja!

Mil senaraikan sebahagian tanda-tanda tekanan@stress mengikut kategori...jom kita semak..

1. Fizikal 
- sakit kepala
- sakit dada
- berpeluh
- kejang perut, otot, tengkok bahu dan bahagian belakang
- degupan jantung menjadi lebih cepat
- sukar untuk tidur
- tekanan darah menjadi tinggi
- berat badan berubah
- mengalami insomia

2. Minda
- hilang tumpuan dan ingatan
- minda kosong
- rasa rendah diri
- sentiasa rasa kurang seronok
- rasa kurang yakin

3. Tingkah Laku
- menjerit dengan tiba-tiba
- makan berlebihan atau tidak selera untuk makan
- gagap tiba-tiba
- ketawa dengan kuat
- menangis
- gertap gigi

marah & hilang sabar antara tanda-tanda stress
4. Emosi
- tertekan
- rasa bimbang
- marah
- hilang sabar
- mudah tersinggung
- gementar
- mudah kecewa
- rasa takut

**jika kita ada ciri-ciri seperti di atas, berkemungkinan kita sedang mengalami tekanan@stress...jangan biarkan ia berlarutan...rawatinya dengan segera. 

Tekanan@stress boleh berlaku di mana-mana dan pada sesiapa sahaja...

Cara untuk menanganinya ada beberapa kaedah....bersambung pada episod seterusnya...

Jumaat, Januari 06, 2012

tekanan@stress - Part 1

Tekanan, stress, kemurungan, depression...semua orang menghadapinya...tidak kira usia, jantina, jenis pekerjaan, status kawin/bujang...dsbnya..

Puncanya...daripada pelbagai penjuru...sebab duit, bebanan kerja, 'bila kamu nak kawin, umur dah masuk 3 siri...?, Bilalah nak timang anak, kahwin dah 10 tahun?..antara persoalan yang boleh ke arah tekanan...

Orang yang menghadapinya pun pelbagai jenis...cara mereka hadapi, atasi dan tangani pun ada pelbagai gaya dan cara...

Nak melalui tekanan@stress ini perlukan strategi dan semangat yang kuat. Ada yang berjaya lalui dengan baik dan ada yang juga gagal melaluinya...

Tekanan@stress berlaku apabila masalah datang kepada kita, dan lebih teruk, sudah jatuh ditimpa tangga...masalah ini berpunca sama ada salah aturan dalam kehidupan atau tetiba je ia datang tanpa dijangka..

stress......nya (google image)
Lebih menyukarkan bila kita rasa semua pintu jalan keluar sudah tertutup. Yang kita nampak hanya tembok atau dinding besar yang menghalang kita keluar. Masa itu, rasa seperti gunung menimpa kita...rasa sedih, keliru, beremosi, baran..dan semua sifat-sifat negatif menonjol dalam diri kita...
Kita menjadi bengung apabila masalah tidak dapat diselesai apatah ditambah lagi dengan suasana, ahli keluarga, kawan-kawan yang tidak memahami kita, tidak membantu kita malah menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada...

Kalau ia dibiarkan tanpa dilawan, tanpa diubati, tanpa diatasi..tekanan@stress dalam diri kita akan berlarutan...akibatnya....tiada lagi sifat malu, tiada lagi sifat perikemanusiaan, tiada lagi mengenal siapa saudara, siapa ibu ayah, siapa suami, siapa isteri, siapa anak, siapa kawan.....seolah-olah 'diri kita sudah hilang'....hanyut, tewas, lemah...tunduk dengan tekanan diri apatah ditambah pula dengan perisa 'Syaitan'.

Bagaimana hendak atasinya? Adakah tekanan@stress berikan kesan negatif sahaja? Tunggu Part 2 dan seterusnya...

Khamis, Januari 05, 2012

basuh kaki???

Pernah tak masa kecil-kecil dulu, mak ayah kita selalu suruh kita sebelum tido, mesti basuh kaki dulu, baru boleh tido...kenapa yer? Penah terpikir tak, sebab apa...dulu kita cuma buat tanpa banyak soal...Malah, sehingga dewasa, basuh kaki dah jadi satu amalan wajib sebelum masuk tido... 

Mil nak kongsikan satu artikel yang menarik ...Kenapa Basuh Kaki?

google image

Kaitan kaki dan gelombang otak
Basuh kaki boleh menurunkan gelombang otak daripada 
Beta -> Alpha -> Theta -> Delta

ermm...apa kena mengena basuh kaki dengan gelombang otak manusia?

Kaki mempunyai titik pusat urat saraf yang menghubungkan keseluruhan organ dalam tubuh. 


google image
Gelombang otak manusia berbeza-beza mengikut keadaan semasa iaitu:










Beta : bekerja, berfikir, dalam tekanan, beremosi, aktif melakukan aktiviti
Alpha : santai, berehat, menonton televisyen
Theta : tenang, tido-tido ayam, meditasi
Delta : ketenangan yang mendalam, tido lena tanpa mimpi  

Setiap hari kita dalam gelombang beta. Gelombang itu akan turun sedikit apabila kita mendengar azan dan bersolat. Solat khusyuk akan membuatkan kita dalam gelombang alpha.

Apabila kita hendak tido sudah semestinya kita mahu dalam suasana yang tenang dan damai. Bagi mendapatkan nilai tido yang berkualiti, kita mesti dalam gelombang delta, iaitu tido yang lena tanpa sebarang mimpi. Untuk mendapatkan nilai tido seperti itu, maka kita kenalah basuh kaki terlebih dahulu sebelum tido.

Tapi, kalo kita dalam tido-tido ayam, bermakna kita dalam gelombang theta..Gelombang ini membuatkan kita akan bermimpi macam-macam...

Apabila kaki (titik pusat urat saraf) dibasuh dan digosok, gelombang akan turun dan secara automatik seluruh organ dalam tubuh kita termasuk otak akan mendapatkan kesan yang tenang dan seterusnya tido yang nyenyak.

Tapi, untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan berkualiti, kita digalakkan mengambil wuduk sebelum tido. 

**Amacam?? Jom pakat ramai-ramai, sebelum tido, ambil wuduk. Insya Allah, kita akan dapat tido yang berkualiti...


Dipetik daripada Majalah Al-Islam 2012 oleh Dr Azhar Sarip (Kenapa basuh kaki?)

Rabu, Januari 04, 2012

sabar je laaa...

sedih sesangat...nak gi keje dah ilang mood
Penamat kisah 2011 dan permulaan 2012 yang tidak berapa menarik...
Kete Mil tetiba je rosak dan sekarang ia tengah 'berehat dan dirawat'. Yang paling tidak best dapat pomen yang 'slow' bangat..Dah masuk 2 minggu masih lagi belum selesai..

Agaknya ia buat pekasam kut...

Sabar je la...